IKHLAS
IKHLAS bermaksud segala amal baik
yang dilaksanakan manusia kerana mengikut perintah Allah dan menuntut
keredhaan-Nya adalah dihukum sebagai ibadat, diberi pahala sepenuhnya meskipun
pekerjaan atau amal itu termasuk perkara yang dicenderungi oleh tabii manusia,
ia hendaklah dilaksanakan dengan niat ikhlas kepada Allah.
Kesempurnaan ikhlas itu dengan tiga
syarat:
Pertama
: Baik niat atau berniat baik yang bertujuan suci dan tinggi menuju keredhaan
Allah, tidak memandang selain daripada-Nya.
Kedua
: Baik amalan iaitu amalan yang berdasarkan syarak menurut rukun dan syaratnya.
Kebaikan dan faedahnya nyata sekali, baik kesudahannya iaitu menguntungkan
dunia dan akhirat.
Ketiga
: Baik sikap iaitu mempunyai pandangan dan sikap yang baik terhadap Allah, menyerahkan
harapan kepada Allah dan keredhaan-Nya semata-mata, redha kepada Qada dan Qadar
Allah, menaruh prasangka atau anggapan baik kepada saudara seagama serta
mengharapkan kemurahan dan rahmat Allah.
Justeru itu, pasangkanlah
niat yang baik dan ikhlas pada segala rupa perbuatan yang baik dan kebajikan
serta penuhilah syarat kesempurnaan ikhlas dalam segala rupa amalan agar ia
tidak sia-sia di sisi Allah.
Memasang niat yang baik
dan diredhai Allah bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ia memerlukan petunjuk
dan nur Allah serta kecerdasan akal untuk membekali hidup dengan cara yang
tidak pernah terbayang oleh orang yang cetek fikirannya.
No comments:
Post a Comment