Wednesday, 22 August 2012


ADAB BERPAKAIAN

•  Munutup aurat
•  Pakaian bukan dari sumber yg haram
•  Bentuk pakaian lelaki tidak menyerupai pakaian wanita
•  Pakaian longgar,tidak menampakkan bentuk badan
•  Pakaian dari jenis kain yg tebal,tidak jarang dan nipis
•  Memakai pakaian yg bersih
•  Memakai pakaian dengan mendahulukan tangan kanan
•  Tidak melabuhkan seluar bagi lelaki sehingga menutupi buku lali
•  Bagi lelaki elok memakai pakaian yg bewarna cerah
•  Sebaik-baik pakaian adalah meniru sunnah Rasulullah s.a.w.

Ertinya:"Ya Allah, aku memohon kepadaMu kebaikan pakaian ini dan kebaikan yang ada padanya. Aku pohon perlindungan dari kejelekan pakaian ini dan kejelekan apa yang ada padanya."


ADAB DI MASJID

•  Masuk ke masjid dengan mendahului kaki kanan
•  Ucapkan salam kepada mereka yg berada didalam masjid
•  Menunaikan solat tahiyyatul masjid
•  Jangan bercakap perkara duniawi
•  Duduk menghadap kiblat
•  Memohon agar Allah membuka rahmatnya
•  Sentiasa berzikir kepada Allah dengan suara yg perlahan
•  Jauhi dari menghina islam

Doa masuk masjid;
“ Ya Allah bukalah pintu-pintu rahmat mu untuk ku “


ADAB KELUAR MASJID

•  Mohon ampun dan bimbingan Allah agar selamat
•  Berniat untuk datang kembali
•  Melangkah keluar dengan kaki kiri
•  Memberi salam orang yang masih tinggal di masjid
Doa keluar masjid:
“ Ya Allah, sesungguhnya aku minta kepadamu dengan keutamaanmu. Ya Allah, peliharalah aku dari godaan syaitan terkutuk”


ADAB DAN HAK KEATAS IBU-BAPA
•  Mentaati ibu dan bapa dalam segala hal kecuali perintah maksiat
•  Berbicara dengan kedua nya dengan sopan dan lemah lembut
•  Bangun menghormati keduanya apabila mereka datang
•  Mencium tangan kedua nya setiap pagi dan petang
•  Memelihara nama,kehormatan serta harta benda mereka
•  Memuliakan mereka dan memberi apa yang mereka minta
•  Berbincang dengan mereka dalam segala urusan dan pekerjaan
•  Memperbanyak kan doa dan memohon ampun untuk mereka
•  Sentiasa berusaha mengembira dan menyenangkan mereka
•  Tidak mengangkat suara dihadapan mereka
•  Tidak memotong cakap mereka
•  Tidak keluar rumah tanpa izin mereka
•  Tidak memeranjatkan mereka ketika mereka sedang tidur
•  Tidak mencela mereka jika mereka melakukan sesuatu tidak memuaskan
•  Tidak melunjurkan kaki dihadapan mereka
•  Tidak berjalan mendahului mereka
•  Membaca doa sebelum makan
•  Makanan dan minuman dari sumber yang halal
•  Membasuh tangan sebelum dan sesudah makan
•  Duduk ketika makan dan makan menggunakan tangan kanan
•  Menyukai makanan yang ada dan tidak mencela makanan
•  Sunat bercakap ketika makan
•  Mulakan dengan Bismillah
•  Hendaklah makan dengan tiga jari dan mengecilkan suapan
•  Hendaklah mengunyah dengan baik
•  Tidak meniup makanan yang panas
•  Tidak bernafas di dalam gelas ketika minum
•  Tidak makan terlalu kenyang
•  Tidak memulakan makan kecuali orang yang lebih tua menjamah dahulu
•  Hendaklah sopan terhadap kawan ketika makan
•  Bila selesai makan ucaplah Alhamdulillah

Ertinya:"Ya Allah, berkatilah kepada kami pada apa-apa yang Engkau rezekikan kepada kami dan jauhkanlah kami dari azab(siksa) neraka. Dengan Nama Allah."
Ertinya:"Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makanan kepada kami memberi minuman kepada kami dan menjadikan kami dari golongan Muslimin." 


ADAB MINUM
•  Sunat membaca Bismillah dan alhamdulillah sesudah minum
•  Makruh minum daripada mulut tempat simpan air seperti botol,kendi dll
•  Makruh meniup atau bernafas didalam air
•  Hendaklah duduk ketika minum
•  Jangan minum dari bekas yang diperbuat dari emas dan perak
•  Jangan makan dan minum ketika terlalu kenyang
ADAB MEMINTA IZIN

•  Hendaklah memberi salam dahulu sebelum meminta izin
•  Hendaklah nyata kan nama , sifat dan gelaran yg baik
•  Hendak meminta izin tiga kali
•  Jangan mengetuk pintu dengan kasar
•  Hendaklah dia kembali, jika tuan rumah menyuruhnya kembali


ADAB (HAK) MUSLIM KEATAS MUSLIM

•  Menutup keaibannya
•  Meringankan kesusahannya
•  Membantu segala yang penting dan perlu
•  Memenuhi hajat dan keperluannya
•  Menghapuskan duka nestapanya
•  Membelanya jika teraniaya
•  Menolongnya jika lemah
•  Meringankan beban hidupnya
•  Menghormati orang tua
•  Kasih terhadap yang kecil
•  Tidak menyusahkan
•  Tidak mencaci atau mengejek
•  Tidak menipu saudaranya yang muslim
•  Tidak dengki,dendam dan sangka jahat
•  Mengasihani sebagaimana mengasihani dirinya sendiri


ADAB WANITA DI DALAM RUMAH

•  Menghormati orang tua dan menerima nasihat yang di beri
•  Memperbaiki diri untuk menjadi wanita solehah
•  Melatih diri dalam urusan rumahtangga
•  Menjaga nama baik orang tua dan keluarga
•  Memperbanyakkan puasa dan ibadat


ADAB WANITA DI LUAR RUMAH

•  Tidak memakai pakaian yg mendedahkan aurat atau menghairahkan
•  Jika keluar rumah hendaklah dengan orang tua atau muhrimnya
•  Menghias diri dengan sifat malu
•  Berkata yang benar
•  Menghindari bersahabat dengan lelaki bukan muhrim
•  Menghindari dari pergi ke tempat-tempat umum kerana boleh menimbulkan fitnah


ADAB ISTERI TERHADAP SUAMI

•  Sentiasa bersifat malu,taat dan hormat kepada suami
•  Diam ketika suami sedang bercakap
•  Memelihara diri ketika suami tiada di rumah
•  Memakai wangian di rumah dan sentiasa membersihkan mulut
•  Meyakinkan diri bahawa suami mempunyai kelebihan
•  Menampakkan rasa gembira ketika suami datang
•  Memuliakan ibi-bapa dan keluarga suami
•  Sediakan makanan untuk suami tanpa di suruh atau di pinta
•  Menjaga harta suami
•  Memberi didikan yang baik-baik kepada anak
•  Menjadi permaisuri dan bidadari bagi suami suami berada di rumah


ADAB DUDUK DI DALAM MAJLIS

•  Hendaklah bersalaman dengan semua orang yg di temui di dlm majlis
•  Hendaklah duduk di tempat yang di tunjukkan oleh tuan rumah
•  Hendaklah duduk di samping orang ramai , bukan di tengah-tengah mereka
•  Tidak boleh duduk antara dua orang melainkan dengan izin keduanya
•  Hendaklah orang datang lewat duduk di akhir majlis/dibelakang
•  Hendaklah memohon izin jika ingin keluar dari sesuatu majlis


ADAB SUAMI MENDIDIK ISTERI
•  Suami hendaklah mengajar isterinya ilmu-ilmu fardhu-ain.jika tidak mampu ,wajib suruh isterinya belajar dengan orang lain atau mencari guru untuk mengajar isterinya.
•  Suami hendaklah mendidik isterinya dengan lemah-lembut dan kasih-sayang
•  Suami hendaklah menunjukkan sifat ikhlas dan amanah kepada isteri
•  Suami hendaklah menyempurnakan kewajipan dengan memberi nafkah yg sempurna
•  Janganlah suami memberatkan isterinya lebih dari yang patut
•  Ajar lah isteri supaya bersabar dalam menghadapi kesusahan
•  Didiklah isteri agar berbuat baik dengan orgtuanya dan mertuanya


ADAB KEPERIBADIAN WANITA (ISTERI)

•  Selalu berada di rumah
•  Mengutamakan tugas di rumah dari yang lain
•  Dilarang orang luar memasuki rumahtangga ketika suami tiada
•  Selalu mendampingi suami dan menggembirakan nya apabila di sampingnya
•  Memelihara kehormatan diri ketika suami tiada di rumah
•  Meminta izin pada ibu-bapa atau suami jika ingin keluar
•  Apabila keluar rumah hendaklah tidak menarik perhatian orang ramai
•  Tidak memakai pakaian yg ketat atau mendedahkan badan jika diluar rumah
•  Menundukkan pandangan dari yang haram dan jelek
•  Mendorong dan membantu suami mencari rezeki yang halal
•  Tidak menuntut pemberian yg banyak dari suami
•  Melahirkan sifat malu dan sedikit ketawa,banyak bersabar dan bersyukur
•  Memperbanyakkan mempelajari ilmu agama terutama Al-quran bagi pendidikan anak-anak


ADAB DENGAN BINATANG

•  Memberi makan dan minum bila ia lapar
•  Menyayangi dan mengasihinya
•  Berlaku baik ketika menyembelihnya
•  Tidak menyeksanya seperti memukul , mengikat atau membakarnya
•  Harus membunuh binatang yang membahaya seperti ular,kala-jengking dan sebagainya
•  Menunaikan zakat binatang jika cukup nisabnya
•  Tidak melalaikan diri dengan binatang peliharaan sehingga lupa mengingati Allah


ADAB MENDIDIK ANAK-ANAK

Seorang ibu bertanggung-jawab mendidk anak-anaknya didunia dan akhirat

Perkara yang perlu dilaksanakan terhadap anak-anaknya adalah:

•  Menguatkan dan menyuburkan jasmani anak-anak dengan makanan yg halal
•  Menghindarkan mereka dari segala bahaya
•  Memahami dan mengembangkan bakat mereka
•  Menyuburkan jiwa mereka dengan iman
•  Mengajar dan membiasakan mereka dengan akhlak yang terpuji
•  Mengajar mereka menghormati ibu-bapa dan orang yg lebih tua
•  Mendidik mereka menghormati gurunya
•  Menjaga hidup mereka dengan cara hidup islam
•  Mengajar mereka Al-quran dan menghayati ajarannya
•  Mendidik mereka mencintai Rasul danAllah dan mematuhi segala perintah dan larangannya


ADAB BERMASYARAKAT

•  Menghindari diri dari menyakiti hati kawan
•  Merendahkan diri
•  Tidak bermasam muka
•  Memberi layanan sama rata
•  Meminta izin jika ingin masuk rumah
•  Mengasihi anaknya dan hormati orangtua
•  Menepati janji
•  Mengamankan perselisihan
•  Merahsiakan keaiban
•  Membantu sesama islam
•  Berbaik sangka
•  Mententeramkan yang ditimpa musibah
•  Tidak meremehkan orang lain
•  Membantu golongan miskin
•  Mudah memberi maaf
•  Sentiasa bermanis muka


ADAB SESAMA ISLAM
•  Memberi salam apabila bertemu
•  Menziarahi apabila sakit
•  Melawat jenazah apabila mati
•  Menberi nasihat apabila diminta
• Menyukai sesuatu yang disukai oleh saudaranya dan membenci sesuatu yg dibenci saudaranya
•  Hendaklah sentiasa bersedia menolongnya dan jangan menzaliminya
•  Tidak menyakitinya samaada dengan perkataan atau perbuatan
•  Tidak membesar diri angkuh dan sombong
•  Haram hukumnya tidak bertegur sapa lebih tiga hari sesama islam
•  Jangan menghina , mencaci , mengumpat atau merendahkan mereka
•  Tidak membuat tuduhan palsu kepada yg hidup atau mati
•  Tidak berlaku hasad dengki, sangka buruk atau mengintip rahsia saudaranya
•  Tidak menipu atau membohonginya
•  Hendaklah bergaul dengan baik
•  Hendaklah menghormati yg lebih tua dan mengasihi yg lebih muda
•  Hendaklah menutup keaiban dan kecacatannya
•  Hendaklah menolongnya bila ia memerlukan pertolongan
•  Hendaklah melindunginya dan memberi bila dia meminta


ADAB MENZIARAHI PESAKIT
•  Menyegerakan untuk berziarah
•  Memendekkan ziarah atau memanjangkan ziarah mengikut keperluan
•  Mendoakan pesakit ketika menemuinya
•  Sunat bertanya kan hal si pesakit kepada keluarganya
•  Sunat orang menziarah duduk di kepala pesakit
•  Sunat menyedapkan perasaan pesakit dengan penyembuhan dan panjang umur
•  Mengingatkan pesakit dengan kalimah “ LA ILAHA ILLALLAH “


ADAB TIDUR

•  Jangan tidur sebelum solat isya'
•  Berwuhu' sebelum tidur
•  Jngan tidur meniarap
•  Menbaca doa sebelumdan selepas tidur


ADAB BERJIRAN

•  Tidak melakukan penginayaan terhadap jiran seperti zina,mencuri,menghina dll
•  Melindungi tetangga dengan mengambil berat tentang kesusahan mereka dan melindungi mereka dari bahaya.
•  Berbuat baik dengan jiran dan selalu bertanya khabar
•  Bersikap lapang dada terhadap jiran seperti memaafkan mereka jika mereka berlaku kasar terhadap kita


ADAB DAN HAK SEORANG TEMAN DAN SAHABAT

•  Memberi salam ketika bertemu
•  Menziarahi ketika sakit
•  Mendoakan ketika bersin
•  Sering menziarahi ke rumahnya kerana menghubungkan persahabatan kerana Allah
•  Membantunya ketika susah
•  Menerima undangan jika di undang ke majlis atau ke rumahnya
•  Memberi tahniah pada bulan-bulan dan hari raya
•  Saling memberi hadiah pada upacara-upacara dan hari tertentu
•  Membenci sesuatu yg tidak baik baginya sebagaimana anda membenci sesuatu pada diri anda.
•  Sama-sama bergembira ketika senang dan sama-sama bersedih ketika sedih
•  Hendaklah anda sentiasa memelihara nama baiknya ketika hidup dan matinya
•  Hendaklah anda berbakti kepada anak isterinya serta kaum kerabatnya


No comments:

Post a Comment