Bagaimana Beramal Di Bulan Rejab?
Bagaimana beramal di dalam bulan Rejab?
a) Sheikh Mahmud Al-Sya`rawi di dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakah bulan dari bulan-bulan `am yang afdhal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadith berikut yang diriwayatkan oleh Musnad Ahmad:
“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, katanya: “Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?”Maka Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam berkata: Jika aku berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya dari Taubat Allah Subhanahu wa Ta`ala ke atas satu kaum, dan terdapat taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain.”
Jelas di sini menunjukkan bulan-bulan Haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala di dalam bulan-bulan tersebut.
b) Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh `Abdul `Aziz Bin Baazapabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, beliau menjawab:
“Bulan Muharram dari segi syara` dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya`ban, di sana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil di sana ke atasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA beri`tiqad yang khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah.”“Bagi bulan ALLAH Al-Haram tersebut, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda: “Seafdhal-afdhal berpuasa selepas ramadhan ialah di bulan ALLAH Al-Haram”.Maka adalah baik untuk berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya`ban di mana Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berpuasa dengannya.”
c) Seorang Ulama’ Islam dari negara Syria yang terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakan imam empat mazhab (Syafi`i, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat di dalam bulan-bulan Haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya. Kata Dr Wahbah Zuhaily:
“Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat di sisi Mazhab Maliki dan Syafi`i, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa di bulan Haram, pada mereka itulah puasa yang afdhal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam: “Seafdhal solat ialah pertengahan malam, dan seafdhal puasa selepas bulan Ramadhan ialah di bulan ALLAH Al-Haram”. Seafdhal puasa di bulan Haram ialah Hari Al-`Asyura, sebagaimana di antaranya. Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa di dalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.”
d) Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry di dalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa di bulan-bulan haram, katanya:
“Mengenai sunat berpuasa di bulan Rejab dan Sya`ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan Hanbali………Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh.”
e) Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bid`ah, beliau telah menjawab:
“Berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul dan mustahab, ke atas semua perkara. Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan. Baginda banyak berpuasa di dalam bulan Sya`ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah … Baginda berpuasa dan berbuka di setiap bulan, seperti riwayat mengatakan: “Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal, dan menamakannya “Al-Ayam Al-Baidh”, selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal…. Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A’id. INI TIDAK DATANG DARI NABI sallAllahu `alaihi wa sallam, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari. Tidak ada berterusan di dalam puasa. Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf. Barangsiapa yang ingin berittiba` (mengikut cara Nabi) dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di mana tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Sya’ban. Dan ini adalah yang lebih utama. Wa Billahi Tawfiq.”
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan Haram, tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Sya`ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama’ Salaf.
Puasa-Puasa Sunat yang Lain
Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya`rawi di dalam fatwanya menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai: “Puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah”.
- Hari `Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji).
- Hari `Asyura, di situ ada hari ke-9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
- Enam hari di dalam bulan Syawal.
- Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (Islam) iaitu: hari 13, 14 dan 15.
- Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis di dalam setiap minggu.
- Berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu: Dzulkaedah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab.
- Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Dzulhijjah, dari 1 hingga 9 Dzulhijjah.
- Berpuasa penuh di dalam Sya`ban atau dengan banyaknya. “
Para Fuqaha’ berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqadha’kannya. Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.
———-
Allahu A`lam. Maklumat di atas telah dipetik dari sebahagian jawapan Haji Kamin di Al-Ahkam.net. Baca selanjutnya di sini:
No comments:
Post a Comment