Friday, 10 May 2013

amalan malam Nisfu Syaaban


Dr Yusuf al-Qaradawi ada mengulas tentang amalan malam Nisfu Syaaban dengan katanya: “Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi s.a.w. dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid untuk menghidupkan malam nisfu Syaaban, membaca doa tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu doa yang panjang, yang menyanggahi nas-nas (al-Quran dan Sunnah) serta bercanggahan dan bertentangan pula isi kandungannya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bidah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bidah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bidah, dan setiap yang bidah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka” (Dr. Yusuf al-Qaradawi, Fatawa Mu`asarah, 1/382-383, Beirut: Dar Uli al-Nuha, Beirut).

Bagaimana Beramal Di Bulan Rejab?


Bagaimana Beramal Di Bulan Rejab?

Slide21
Bagaimana beramal di dalam bulan Rejab?
a)  Sheikh Mahmud Al-Sya`rawi di dalam menjawab satu pertanyaan mengenai apakah bulan dari bulan-bulan `am yang afdhal manusia berpuasa selepas bulan Ramadan, beliau memetik hadith berikut yang diriwayatkan oleh Musnad Ahmad:
“Seorang lelaki telah bertanya Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, katanya:  “Bulan mana kamu perintahkanku berpuasa selepas Ramadhan?”
Maka Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam berkata: Jika aku berpuasa selepas Ramadhan, maka berpuasalah di bulan Haram, maka sesungguhnya di dalamnya dari Taubat Allah Subhanahu wa Ta`ala ke atas satu kaum, dan terdapat taubat di dalamnya untuk satu kaum yg lain.”
Jelas di sini menunjukkan bulan-bulan Haram ini disunatkan berpuasa dan juga terdapatnya keampunan ALLAH Subhanahu wa Ta`ala di dalam bulan-bulan tersebut.
b)   Bekas Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh `Abdul `Aziz Bin Baazapabila ditanya berpuasa pada bulan-bulan haram, beliau menjawab:
“Bulan Muharram dari segi syara` dibolehkan berpuasa dengannya dan begitu juga Sya`ban, di sana terdapatnya 10 Zulhijjah, bukanlah ada dalil di sana ke atasnya, akan tetapi berpuasa dengannya TANPA beri`tiqad yang khusus (khas) atau pribadi, maka tidaklah menjadi masalah.”
“Bagi bulan ALLAH Al-Haram tersebut, Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam pernah bersabda:  “Seafdhal-afdhal berpuasa selepas ramadhan ialah di bulan ALLAH Al-Haram”. 
Maka adalah baik untuk berpuasa, atau berpuasalah pada 9, 10 dan 11, itulah yg baik, begitu juga dengan Sya`ban di mana Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam berpuasa dengannya.”
c)  Seorang Ulama’ Islam dari negara Syria yang terkenal pada masa kini, Dr Wahbah Zuhaily mengatakan bahawa, kebanyakan imam empat mazhab (Syafi`i, Hanbali, Maliki dan Hanafi) bersetuju mengenai terdapatnya amalan berpuasa sunat di dalam bulan-bulan Haram ini, cuma ia berbeza pendapat mengenai cara implementasinya.  Kata Dr Wahbah Zuhaily:
“Keutamaan berpuasa pada bulan-bulan ini terdapat di sisi Mazhab Maliki dan Syafi`i, dan mazhab Hanbali berpuas hati dengan keputusan sendirinya memberi keutamaan berpuasa di bulan Haram, pada mereka itulah puasa yang afdhal selepas Ramadan, telah bersabda Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam:  “Seafdhal solat ialah pertengahan malam, dan seafdhal puasa selepas bulan Ramadhan ialah di bulan ALLAH Al-Haram”.  Seafdhal puasa di bulan Haram ialah Hari Al-`Asyura, sebagaimana di antaranya.  Dan berkata mazhab Hanafiah : Sunat berpuasa di dalam bulan-bulan Haram, iaitu berpuasa 3 hari dari semuanya iaitu :- Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu.”
d)  Shiekh Abdul Rahman Al-Jaziry di dalam buku Kitab Fikh Empat Mazhab juga memetik persetujuan 4 mazhab ini mengenai puasa di bulan-bulan haram, katanya:
“Mengenai sunat berpuasa di bulan Rejab dan Sya`ban, Imam-imam ini telah bersetuju dengannya, cuma terdapat khilaf dengan Hanbali………
Hanbali : Menetapkan puasa Rejab (secara tunggal) adalah makruh, melainkan jika ia berbuka (tidak berpuasa) secara selang-seli, maka tidaklah Makruh.”
e)  Panelist fatwa IslamOnline, Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradawi, ketika diminta memberi fatwa mengenai apakah berpuasa di dalam bulan Rejab itu sunat atau bid`ah, beliau telah menjawab:
“Berpuasa di dalam bulan Rejab adalah maqbul dan mustahab, ke atas semua perkara.  Tetapi bukanlah datang dari Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam bahawa beliau berpuasa satu bulan penuh, melainkan bulan Ramadhan.  Baginda banyak berpuasa di dalam bulan Sya`ban, tetapi tidak berpuasa sepenuhnya, dan itulah sunnah nabawiyyah … Baginda berpuasa dan berbuka di setiap bulan, seperti riwayat mengatakan:  “Baginda berpuasa sehingga kami mengatakan beliau tidak berbuka, Baginda berbuka sehingga kami mengatakan beliau tidak berpuasa” (Riwayat al-Bukhari, Muslim dan Abu Daud).
Maka beberapa golongan manusia berpuasa seluruh bulan Rejab, sebagaimana yang kita lihat sebelum ini, Aku telah lihat beberapa orang berpuasa bulan Rejab, Sya’ban, Ramadhan dan 6 hari di dalam bulan Syawal, dan menamakannya “Al-Ayam Al-Baidh”, selepas berbuka, mereka akan menjadi perayaan pada hari yg ke 8 dari Syawal….  Hasil dari puasa ini ialah 3 bulan dan 6 hari saling berhubungan, mereka hanya akan berbuka apabila tiba Hari A’id.  INI TIDAK DATANG DARI NABI sallAllahu `alaihi wa sallam, atau pun dari para sahabat atau pun dari Al-Salaf Al-Saleh.. maka mereka berpuasa sehari dan berbuka sehari.  Tidak ada berterusan di dalam puasa.  Semua kebaikan adalah menurut Salaf dan keburukan adalah dari rekaan para Khalaf.  Barangsiapa yang ingin berittiba` (mengikut cara Nabi) dan inginkan ganjaran, maka ia harus mengikut Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam di mana tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Rejab, dan tidak berpuasa sepenuhnya di dalam Sya’ban.  Dan ini adalah yang lebih utama. Wa Billahi Tawfiq.”
Beliau tegas mengatakan bahawasanya disunatkan berpuasa pada bulan-bulan Haram, tetapi tidaklah sepenuh bulan Rejab dan Sya`ban, kerana ini tidak dilakukan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, atau sahabat-sahabatnya ataupun para ulama’ Salaf.

Puasa-Puasa Sunat yang Lain

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya`rawi di dalam fatwanya menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai:  “Puasa yang orang Islam lakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah”.
  1. Hari `Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji).
  2. Hari `Asyura, di situ ada hari ke-9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam.
  3. Enam hari di dalam bulan Syawal.
  4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (Islam) iaitu:  hari 13, 14 dan 15.
  5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis di dalam setiap minggu.
  6. Berpuasa di dalam bulan-bulan haram iaitu:  Dzulkaedah, Dzulhijjah, Muharram dan Rejab.
  7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Dzulhijjah, dari 1 hingga 9 Dzulhijjah.
  8. Berpuasa penuh di dalam Sya`ban atau dengan banyaknya. “
Para Fuqaha’ berpendapat jika seseorang itu ingin melakukan puasa sunat, tetapi dia masih mempunyai baki puasa wajib, hendaklah ia mengqadha’kannya.  Bahkan jika ia mempunyai kifarat dan nazar, maka hendaklah dia melakukannya puasa itu dahulu.
———-
Allahu A`lam.  Maklumat di atas telah dipetik dari sebahagian jawapan Haji Kamin di Al-Ahkam.net.  Baca selanjutnya di sini:

Pandangan Beberapa Ulama Muktabar Mengenai Kesahihan Fadhilat Bulan Rejab


Pandangan Beberapa Ulama Muktabar Mengenai Kesahihan Fadhilat Bulan Rejab

Apakah terdapatnya kesahihan fadhilat khas berpuasa di dalam bulan Rejab?
Di sini dinyatakan beberapa pandangan ulama’ yang muktabar mengenai hal tersebut.

1. Sheikh Atiyah Al-Saqr.

a)  Kebanyakkan fadilat Rejab terkandung didalam Hadis yg sangat Lemah dan Palsu.
Bekas Ketua Lujnah Fatwa Al-Azhar mengatakan bahawa setiap fadhilat sesuatu perkara itu harus dilihat dari segi nas yang sahih dan beliau melihat bahawa hadith-hadith yang didatangkan mengenai fadilat di dalam bulan Rejab kebanyakkannya adalah lemah dan palsu, katanya:
“ALLAH Subhanahu Wa Ta`ala memberi fadhilat kepada beberapa bulan dan tempat, tetapi tidak thabit untuk masa (zaman) dan untuk tempat melainkan dengan dalil yang qath`i (nyata) dan tidak thabit sehingga tidak mendusta ke atas Nabi Muhammad sallAllahu `alaihi wa sallam, dan banyak hadith-hadith timbul mengenai fadhilat bulan Rejab, di mana statusnya antara Dha’if (lemah) danMawdhu’ (palsu), dan tidak thabit dari pembawanya (naqal).”
Menurut Al-Saqr lagi bahawa:
“Al-Hafiz Ahmad bin Ali bin Mohammad bin Hajar Asqalaani meletakkan didalam risalahnya dengan topiknya:  Penjelasan yg datang di dalam Fadhilat Rejab, pengumpulan jumhur Hadith menyebut mengenai Fadhilat-Fadhilat Rejab, Puasa dan Solat didalamnya.  Ia dikelaskan sebagai Lemah dan Mawdhu`.
b)  Fadilat Rejab berada bersama dengan Fadilat bulan-bulan haram yg lain.
Fadhilat Rejab secara umumnya berada di dalam Fadhilat bulan-bulan Haram sebagaimana Firman ALLAH di dalam surah at-Taubah:36 dan terdapat juga Hadith Sahihain mengenai Hijatul Wada’, di dalamnya dinyatakan nama bulan bulan tersebut, iaitu : Zulkaedah, Zulhijjah dan Muharram, dan yg tunggal ialah Rejab.  Di masa itu orang Islam ditegah melakukan kezaliman, peperangan dan juga dilarang melakukan maksiat kepada ALLAH Subhanahu wa Ta`ala.
c)  Berpuasa hari pertama atau yang lain sama sahaja fadhilatnya.
Berkata Al-Saqr lagi bahawa:
“Amalan soleh di dalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya di dalam bulan-bulan Haram, yang di dalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja [berpuasa] hari pertama atau pun hari akhir.  Berkata Ibnu Hajar :  ‘Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadith mengenai fadhilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan’. “
Beliau memetik beberapa hadis da’if dan palsu, diantaranya ialah:
i.  “Sesungguhnya di dalam Syurga ada sebuah sungai yang dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa satu hari dari bulan Rejab, maka ALLAH akan memberi ia minum dari sungai itu.”– hadith ini Dha`if.
ii.  “Barangsiapa berpuasa sehari di dalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yang berpuasa di dalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yang berpuasa 10 hari, maka akan digantikan dosa dengan kebaikan.” – hadith ini Dha`if.
iii.  Terdapat sebuah hadis yang panjang mengandungi fadhilat berpuasa Rejab menurut hari, dan di dalamnya terkandung matan : “Rejab bulan ALLAH.  Sya`ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku.” – Hadith ini Palsu.
d)  Tidak ada solat khas didalam Rejab.
Daripada Hadith yang tidak diterima (ghair maqbulah) mengenai solat :
“Barangsiapa yang solat Maghrib di awal malam dari bulan Rejab, kemudian diikuti oleh solat 20 rakaat selepasnya, dia membaca pada setiap rakaat Al-Fatihah dan Qulhu Allahu Ahad sekali dan dia memberi salam kepadanya 10 kali salam, ALLAH akan menjaga dirinya, keluarganya, hartanya dan anaknya dan akan diselamatkan dari azab kubur, dan perjalanan di sirat bagaikan boraq, tanpa hisab dan azab.” – Itu adalah hadith Palsu.
e)  Menziarah kubur pada bulan Rejab tiada nasnya:
Mengenai fadhilat menziarah kubur pada bulan Rejab, Sheikh Atiyah Al-Saqr mengatakan bahawa perbuatan ini tidak ada dalilnya di dalam Islam.  Beliau menyarankan agar lebih elok melihat mengenai sejarah-sejarah yg berlaku di bulan Rejab dan mengambil tauladan daripadanya.
“Ini adalah manusia yang prihatin, dan wanita dari kumpulan tertentu, mereka menziarahi kubur pada hari Jumaat pertama di dalam bulan Rejab, tidaklah ada asalnya di dalam agama, dan ganjaran yg besar daripada ziarah tersebut, dan bukanlah hari ini.  Adalah lebih aula di dalam bulan Rejab ini kita mengingati kembali sejarah yang berlaku kepadanya seperti penaklukan Tabuk, mengingati Salahuddin Al-Ayobi menyelamatkan Jerusalem (Al-Qudus) dari tangan tentera Salib (Rejab 583H, 1187M).  Orang Arab dan Islam menyucikan Masjid Al-Aqsa dari Ketua Pasukan Pakatan.  Kita mengingatkan kembali peristiwa Isra’ dan Mi`raj iaitu pengajaran darinya, di mana orang Islam menganggapnya berlaku di dalam bulan Rejab.  ALLAH yang Maha Mengetahui.”

2.  Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi

a)  Fadhilat Rejab sama dengan fadhilat bulan-bulan haram yg lain.
Dr. Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan bahawa fadhilat Rejab adalah sama seperti yang terdapat di dalam 3 bulan-bulan Haram yg lain.  Katanya:
“Tidaklah ada kesahihan di dalam bulan Rejab, melainkan ia merupakan salah satu dari bulan-bulan haram, bahawa ALLAH Subhanahu wa Ta`ala telah menyebut di dalam kitabNYA – di dalamnya ada 4 bulan haram – Al-Taubah:36. Iaitu Rejab, Zulqaedah, Zulhijah dan Muharram.  Itulah bulan-bulan yang mempunyai fadhilat.  Tidak terdapat Hadith Sahih bahawa Rejab khusus mengatakan Rejab lebih afdal, melainkan Hadis Hasan:  “Sesungguhnya Nabi saw banyak berpuasa didalam Sya’ban..”
b)  Hadith-Hadith mengenai fadhilat Rejab kebanyakannya lemah dan palsu.
Beliau juga menyatakan bahawa hadith-hadith mengenai fadhilat-fadhilat khas Rejab kebanyakan merupakan Hadis Palsu atau pun yg sangat Lemah tarafnya:
“Hadith ini dimaklumkan sebagai sebuah hadith yang mengandungi fadhilat Rejab – “Rejab bulan Allah.  Sya’ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”….. Hadith in mungkar dan sangat-sangat Dhaif, bahkan beberapa ulama’ mengatakan hadith iniPalsu! …. yakni penipu..  Maka bukanlah kepadanya nilai saintifik dan bukanlah mempunyai nilai agama. Di situ ada hadith yang mengatakan terdapat Fadhilat Rejab kepada sesiapa yg bersolat begini dan ia mendapat begini, dan sesiapa yg meminta beristigfar sekali kepadanya maka ia akan mendapat ganjaran begini…. Ini semua adalah berlebih-lebihan (exaggeration), dan semuanya adalah pembohongan.  Dari ini satu tanda satu penipuan di dalam Hadith yang memasukkan perkara yg berlebih-lebihan….”
c)  Ganjaran yang dijanjikan tidak sepadan dengan amalannya.
Pada beliau ganjaran-ganjaran yang dinyatakan di dalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan.  Ini merupakan satu pendustaan yang amat besar.  Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri.  Katanya :
“Berkata ulama’ : Janji untuk mendapatkan ganjaran yang besar di atas perkara yg biasa, atau ugutan kepada azab yang pedih ke atas dosa kecil?  Ia menunjukkan bahawa ini merupakan Hadith yang bohong.”
d)  Umat Islam perlu mengetahui jenis-jenis hadith yang Palsu
Dr Yusuf Qaradhawi menyatakan bahawa sebagai seorang Islam kita wajib mengetahui mengenai hadith yang diberikan kepada kita.  Tidak ada alasan yang boleh kita berikan kerana terdapatnya buku-buku yang banyak di pasaran mengenai taraf sesuatu hadith.  Kata beliau :
“Ulama’ telah memberi amaran contohnya ke atas Hadith Palsu dan Bohong ini, dan melarang manusia terhadapnya…  Sesungguhnya telah datang hadith :  “Barangsiapa mereka-reka Hadith difikirkan, sesungguhnya ia menipu, maka dia adalah pembohong…..” (Riwayat Muslim di dalam muqadimahnya yang Sahih), tetapi mereka tidak mengetahui bahawa ia adalah Hadis Palsu, maka ia wajib mengetahui, mengetahui hadis itu dari sumbernya …. maka di sana ada Kitab Hadith yang Muktamad, di sana ada kitab khas untuk mengetahui Hadith Palsu, contohnya Al-Maqasid Al-Hasanah, karangan Al-Shakhaawi dsb……….”

3. Ibnu Hajar Al-Asqalani

Ibnu Hajar mengatakan adalah menjadi satu kesalahan menetapkan sesuatu hari atau bulan itu khas untuk melakukan amalan.  Kenyataan ini dapat dilihat di dalam fatwa Shiekh Al-Saqr[5] mengenai fadhilat Rejab dengan memetik kata-kata Ibnu Hajar:
“Ibnu Hajar di dalam makalahnya ada menyebut berkenaan dengan terdapat hadith-hadith yang melarang berpuasa Rejab sepenuhnya, maka beliau berkata : Larangan ini terpulanglah kepada sesiapa yang berpuasa memuliakan Jahiliyyah, sebagaimana jika dia berpuasa dengan qasad (niat) yang bukan menjadikan penekanan atau mengkhususkan mengenai hari-hari yang dia berpuasa, atau pada malan tertentu dia berqiamullail, maka beliau percaya yang dilakukan itu adalah sunnah, maka ini adalah pekerjaan yg baik atas apa yang diletakkan dan tidak mengapa baginya. 
Maka jika ianya dikhaskan atau menjadi suatu ketetapan, maka ia adalah DITEGAH (Mahzhur), dan makna penegahan itu di dalam hadith Nabi sallAllahu `alaihi wa sallam bersabda :  “Jangan mengkhaskan hari Jumaat untuk berpuasa dan jangan [mengkhaskan] malamnya berqiamullail”. – riwayat Muslim.
Jika mempercayai puasanya atau puasa ini lebih baik dari puasa lainnya yang di dalamnya terkandung puasa nazar, Ibnu hajar lebih cenderung menegahnya, dan sebagaimana yang dinaqalkan oleh Abi Bakar Al-Thorthorshi di dalam bukunya “Bid’ah wa hawadith” bahawa bulan Rejab dibenci olehnya kerana 3 jenis:
1. Sesungguhnya jika orang Islam mengkhaskan puasa di setiap hari kemuliaan awam secara tahunan. 
2. Menjadikan ia seperti kefardhuan ramadhan, atau menjadikan ia sunat sebagai sunat yg kekal. 
3. Kerana puasa ini mempunyai fadhilat khas dan puasa-puasa yg lainnya
kalau dengan itu apa yg dijelaskan oleh Rasulullah sallAllahu `alaihi wa sallam, : berkata Ibnu Dihya : “Puasa adalah amalan kebajikan”.  Tidak terdapat fadilat berpuasa didalam Rejab maka perkara itu ditegah darinya. Tamat apa yg dinaqalkan oleh Ibnu Hajar.”

4.  Dr. Sayid Saabiq

Menurut seorang tokoh Ikhwan Dr Sayid Saabiq di dalam membicarakan bab puasa sunat, mengatakan bahawa :
“Puasa Rejab, bukanlah ada padanya fadhilat yang berlebih dari bulan-bulan lain, melainkan sesungguhnya ia dari bulan-bulan yg haram”.
Ini bermaksud bahawa bulan-bulan haram ini mempunyai fadilat-fadilat yg sama. Pendapat juga di sokong oleh mazhab Hanbali yg mengatakan menetapkan bulan Rejab sahaja untuk berpuasa sunat adalah makruh[6].
——-
Allahu A`lam.  Maklumat di atas telah dipetik dari sebahagian jawapan Haji Kamin di Al-Ahkam.net.  Baca selanjutnya di sini:

Monday, 28 January 2013

PANDUAN SOLAT SUNAT

 
SOLAT WITIR
 
 اَلْوِتْرَ(Al-witir) secara bahasa bermaksud jumlah yang ganjil seperti sekali, tiga kali, lima kali dan seterusnya. Ianya seperti sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
 
وَهُوَ وَتْرٌ يُحِبُّ الْوَتْرَ
Maksudnya:
Dan Dia (yakni Allah Subhanahu wa Ta’ala) itu ganjil (Tunggal atau Maha Esa)  dan mencintai yang ganjil. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Da’waat, no: 6410.
 
Al-Witir secara syarak bermaksud solat sunat yang dikerjakan di antara solat Isyak hingga munculnya fajar yakni masuknya waktu subuh dan ianya menjadi penutup bagi solat malam. Ianya digelarkan sebagai al-Witir kerana jumlah rakaatnya adalah ganjil seperti 1 rakaat, 3 rakaat, 7 rakaat, 9 rakaat dan seterusnya. Solat Witir ini tidak boleh dikerjakan dalam jumlah rakaat yang genap.
 
 
v  DALIL DISYARIATKAN
 
Solat Witir merupakan solat yang diutamakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sehinggakan baginda tidak pernah meninggalkan perlaksanaannya walaupun ketika bermusafir. Dalil-dalil yang menunjukkan sabitnya anjuran untuk mengerjakan solat Witir ini begitu banyak. Di antaranya adalah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Maksudnya:
Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 998.
 
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam juga menekankan perlaksanaan solat Witir ini sebagaimana pesanannya kepada Abu Darda’radhiallahu’ anh yang berkata:
 
أَوْصَانِي حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِثَلاَثٍ لَنْ أَدَعَهُنَّ مَا عِشْتُ
 
بِصِيَامِ ثَلاَثَةِ أَيَّامٍ مِنْ كُلِّ شَهْرٍ وَصَلاَةِ الضُّحَى وَبِأَنْ لاَ أَنَامَ حَتَّى أُوتِرَ.
 
Maksudnya:
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan  solat Dhuha dan tidak tidur sebelum  mengerjakan solat witir. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 722.
 
Berkenaan hukum melaksanakan solat Witir ini jumhur ulamak daripada para sahabat, tabi’in dan generasi setelah tabi’in berpendapat ianya adalah sunat mu’akkadah. Sebagaimana yang kita sedia maklum ketika Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengutus Mu’adz ke Yaman, baginda bersabda:
 
ادْعُهُمْ إِلَى شَهَادَةِ أَنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَنِّي رَسُولُ اللَّهِ
 
فَإِنْ هُمْ أَطَاعُوا لِذَلِكَ فَأَعْلِمْهُمْ أَنَّ اللَّهَ قَدْ افْتَرَضَ عَلَيْهِمْ خَمْسَ صَلَوَاتٍ فِي كُلِّ يَوْمٍ وَلَيْلَةٍ...
 
Maksudnya:
Serulah kepada mereka (yakni penduduk Yaman) kalimah syahadah bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan aku adalah pesuruh Allah dan apabila mereka telah taat atas perkara ini maka beritahukan kepada mereka bahawa Allah mewajibkan mereka solat lima waktu sehari semalam… - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Zakaah, no: 1395.
 
Menerusi hadis ini dapat kita simpulkan bahawa solat yang diwajibkan ke atas umat Islam hanyalah solat lima waktu sehari semalam. Maka solat-solat selain itu termasuk solat Witir ini hanya termasuk dalam perkara tathawwu’. Hukum ini juga adalah bersandarkan sebuah riwayat daripada ‘Ali radhiallahu’ anh:
 
عَنْ عَلِيٍّ قَالَ الْوِتْرُ لَيْسَ بِحَتْمٍ كَصَلاَتِكُمْ الْمَكْتُوبَةِ وَلَكِنْ سَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
 
Maksudnya:
Solat Witir tidaklah wajib seperti solat yang difardukan ke atas kamu, tetapi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 415
 
 
v  KEUTAMAANNYA
 
Allah Subhanahu wa Ta’ala amat menyukai mereka yang mengerjakan solat witir. Daripada ‘Ali radhiallahu’ anh di berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
يَا أَهْلَ الْقُرْآنِ أَوْتِرُوا فَإِنَّ اللَّهَ وِتْرٌ يُحِبُّ الْوِتْرَ.
 
Maksudnya:
Wahai ahli al-Qur’an (mereka yang membaca dan beramal dengan al-Qur’an), Hendaklah kamu mengerjakan solat Witir, sesungguhnya Allah itu ganjil dan mencintai yang ganjil. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1207
 
Solat Witir juga merupakan sebahagian dari solat malam dan sebagaimana yang kita telah sedia maklum solat malam ini merupakan sebaik-baik solat setelah solat fardu dan ianya memiliki banyak keutamaan yang telah penulis paparkan ketika membicarakan bab Keutamaan Solat Tahajjud. Silalah rujuk ke sana.
 
 
v  TATACARA PERLAKSANAAN SERTA HUKUM-HUKUM BERKAITAN
 
q  Waktu Didirikan Solat Witir
Solat Witir boleh didirikan setelah mengerjakan solat Isyak sehinggalah sebelum terbitnya fajar. Daripada ‘Aisyah Ummul Mukminin radhiallahu’ anha, dia berkata:
 
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِيمَا بَيْنَ أَنْ يَفْرُغَ مِنْ صَلاَةِ الْعِشَاءِ
 
وَهِيَ الَّتِي يَدْعُو النَّاسُ الْعَتَمَةَ إِلَى الْفَجْرِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً يُسَلِّمُ بَيْنَ كُلِّ رَكْعَتَيْنِ وَيُوتِرُ بِوَاحِدَةٍ
 
فَإِذَا سَكَتَ الْمُؤَذِّنُ مِنْ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَتَبَيَّنَ لَهُ الْفَجْرُ وَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ قَامَ فَرَكَعَ رَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ
 
ثُمَّ اضْطَجَعَ عَلَى شِقِّهِ الأَيْمَنِ حَتَّى يَأْتِيَهُ الْمُؤَذِّنُ لِلإِقَامَةِ.
 
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa mengerjakan solat sebelas rakaat pada waktu di antara selesai solat Isyak iaitu suatu waktu yang orang-orang disebut sebagai ‘atamah (sampai subuh) sebanyak sebelas rakaat, dengan salam setiap dua rakaat dan mengerjakan solat Witir satu rakaat. Apabila muadzdzin telah berhenti mengumandangkan azan solat Subuh, sudah nampak jelas pula fajar olehnya, dan baginda juga sudah didatangi oleh muadzdzin, baginda segera berdiri dan mengerjakan dua rakaat ringan kemudian berbaring ke sisi kanannya sehingga datang muadzdzin kepada baginda untuk mengumandangkan iqamah. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.
 
Namun begitu waktu yang afdal untuk mengerjakan solat Witir adalah pada sepertiga malam yang terakhir. Daripada ‘Aisyah, dia berkata:
 
كُلَّ اللَّيْلِ أَوْتَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَانْتَهَى وِتْرُهُ إِلَى السَّحَرِ
Maksudnya:
Setiap malam Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam melaksanakan solat witir dan berakhir sampai waktu sahur. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 996
 
Apatah lagi terdapat satu waktu pada sepertiga malam itu di mana Allah Subhanahu wa Ta’ala akan turun ke langit dunia dan akan memperkenankan doa dan permintaan serta memberi pengampunan kepada hamba-hamba-Nya.. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
 
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ اللَّيْلِ الآخِرُ.
يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي فَأَغْفِرَ لَهُ.
Maksudnya:
Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1145.
 
Namun demikian sekiranya seseorang itu khuatir bahawa dia tidak mampu untuk bangun mengerjakan solat Witir pada sepertiga malam yang terakhir, hendaklah dia mengerjakannya sebelum tidur. Daripada Jabir bin ‘Abdullah radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
مَنْ خَافَ أَنْ لاَ يَقُومَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ فَلْيُوتِرْ أَوَّلَهُ
 
وَمَنْ طَمِعَ أَنْ يَقُومَ آخِرَهُ فَلْيُوتِرْ آخِرَ اللَّيْلِ فَإِنَّ صَلاَةَ آخِرِ اللَّيْلِ مَشْهُودَةٌ وَذَلِكَ أَفْضَلُ.
 
Maksudnya:
Barangsiapa di antara kamu khuatir tidak bangun pada akhir waktu malam, hendaklah mengerjakan Witir pada awal malam, kemudian tidurlah. Dan barangsiapa di antara kalian merasa mampu untuk bangun pada akhir malam, hendaklah melakukan Witir pada sebahagian akhir malam. Kerana solat pada akhir waktu malam disaksikan dan dihadiri (malaikat), maka hal itu lebih utama. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 755.
 
Sekiranya telah mengerjakan solat Witir pada awal malam iaitu sebelum tidur, tetapi seseorang itu terjaga pada sepertiga malam yang akhir maka dia tidak boleh melakukan sekali lagi solat Witir. Ini adalah kerana Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
لاَ وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ
Maksudnya:
Tidak ada dua Witir dalam satu malam. – Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no.1227.
 
Namun demikian diperbolehkan baginya untuk mengerjakan solat-solat sunat yang lain kerana diperbolehkan untuk mengerjakan solat sunat walaupun telah mendirikan solat Witir. Menurut Syaikh Muhammad at-Tuwaijiri:
 
Siapa yang Witir pada awal malam kemudian terbangun pada akhir malam maka solatlah secara genap tanpa ada witir. – Syaikh Muhammad bin Ibrahim at-Tuwaijirsi, Mukhtasar al-Fiqhi al-Islami, ms. 712,
 
q  Jumlah Rakaat Solat Witir
Sebagaimana yang kita telah sedia maklum solat Witir mempunyai jumlaah rakaat yang ganjil. Menerusi hadis-hadis Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam kita dapati terdapat variasi jumlah rakaat yang dilaksanakan oleh baginda
 
PERTAMA: Solat Witir dengan hanya satu rakaat. Dalilnya adalah sebuah riwayat daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia berkata:
 
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
 
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ.
 
Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.
 
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Duduk untuk tahiyyat akhir
12)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
 
KEDUA: Solat Witir dengan tiga rakaat. Tatacara perlaksanaannya ada dua :- 
Mengerjakan dua rakaat terlebih dahulu dan salam. Setelah itu didirikan satu lagi rakaat secara berasingan dan salam. Dalilnya adalah riwayat daripada Nafi’:
 
أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ كَانَ يُسَلِّمُ بَيْنَ الرَّكْعَةِ وَالرَّكْعَتَيْنِ فِي الْوِتْرِ.
Maksudnya:
Bahawa ‘Abdullah bin ‘Umar mengucapkan salam antara satu rakaat dan dua rakaat dalam solat Witir. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 991.
 
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat terakhir
 
Rakaat Ketiga
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Duduk untuk tahiyyat akhir
12)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri
Mendirikan tiga rakaat sekaligus dengan hanya satu salam.
 
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.
 
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.
 
ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat (witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1147.
 
Solat Witir sebanyak tiga rakaat ini berbeza dari Solat Maghrib yang terdapat dua tasyahhud. Tasyahhud solat Witir hanyalah satu yakni pada rakaat yang ketiga. Surah-Surah yang baginda baca untuk solat Witir tiga rakaat adalah Surah al-A’la, Surah al-Kaafiruun dan Surah al-Ikhlash sebagaimana riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:
 
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْرَأُ فِي الْوِتْرِ بِسَبِّحْ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى
 
وَفِي الرَّكْعَةِ الثَّانِيَةِ بِقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ وَفِي الثَّالِثَةِ بِقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
 
وَلاَ يُسَلِّمُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ وَيَقُولُ يَعْنِي بَعْدَ التَّسْلِيمِ سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ ثَلاَثًا
 
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam biasa membaca dalam Solat Witir ‘Sabbhisma rabbikal a’laa’ dan pada rakaat kedua membaca ‘Qulyaa ayyuhal kaafiruun’ dan pada rakaat ketiga ‘Qulhuwallahu ahad’ dan baginda tidak mengucapkan salam kecuali pada akhir rakaat dan baginda membaca ‘Subhanal malikul qudduus’ sebanyak tiga setelah memberi salam – Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaamul Lail wa Tathawwu’un Nahaar, no: 1683.
 
Melalui hadis di atas kita juga dapat mengetahui bahawa setelah selesai solat witir baginda membaca zikir سُبْحَانَ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ (Maha suci Tuhan Raja yang Kudus).
 
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketiga
 
Rakaat Ketiga
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
KETIGA: Solat Witir dengan lima rakaat dengan satu tasyahhud pada rakaat yang terakhir. Tatacara ini adalah bersandarkan kepada hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:
 
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً
 
يُوتِرُ مِنْ ذَلِكَ بِخَمْسٍ لاَ يَجْلِسُ فِي شَيْءٍ إِلاَّ فِي آخِرِهَا.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam menjalankan solat pada malam hari tiga belas rakaat, baginda berwitir lima rakaat dan tidak duduk (untuk tasyahhud) kecuali pada akhir rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 737.
 
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketiga
 
Rakaat Ketiga
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keempat
 
Rakaat Keempat
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat kelima
 
Rakaat Kelima
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
Namun begitu terdapat juga pendapat bahawa solat Witir lima rakaat boleh dilaksanakan dengan melaksanakan dua rakaat lalu salam, dua rakaat lagi lalu salam dan diakhirkan dengan satu rakaat dan salam. Tatacara ini adalah bersandarkan keumuman lafaz dalam hadis daripada  ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma, dia berkata:
 
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
 
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ.
 
Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat), apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat Witir satu rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1137.
 
KEEMPAT: Solat Witir dengan tujuh rakaat dengan membaca tasyahhud pada rakaat ketujuh. Hal ini adalah bersandarkan kepada hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:
 
فَلَمَّا سَنَّ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَخَذَهُ اللَّحْمُ أَوْتَرَ بِسَبْعٍ
 
Maksudnya:
…Setelah Nabi Allah shallallahu ‘alaihi wasallam semakin tua dan tubuhnya semakin gemuk baginda mengerjakan Witir dengan tujuh rakaat…- Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 746.
 
Menerusi hadis yang diriwayatkan Imam al-Nasa’i pula disebutkan:
 
عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ لَمَّا أَسَنَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
وَأَخَذَ اللَّحْمَ صَلَّى سَبْعَ رَكَعَاتٍ لاَ يَقْعُدُ إِلاَّ فِي آخِرِهِنَّ...
Maksudnya:
Daripada ‘Aisyah dia berkata: Setelah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam semakin tua dan tubuhnya semakin gemuk baginda mengerjakan Witir dengan tujuh rakaat dan baginda tidak duduk (tahiyyat) kecuali di akhir rakaat… - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyaam al-Lail wa Tathawwu’ al-Nahaar, no: 1699.
 
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketiga
 
Rakaat Ketiga
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keempat
 
Rakaat Keempat
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat kelima
 
Rakaat Kelima
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keenam
 
Rakaat Keenam
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketujuh
 
Rakaat Ketujuh
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
Ada juga yang berpendapat solat Witir tujuh rakaat ini dibenarkan untuk didirikan dengan mengerjakan solat dua rakaat sebanyak tiga kali dan diakhiri dengan solat satu rakaat sebagaimana keumuman hadis ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma yang telah penulis paparkan sebelum ini.
 
KELIMA: Solat Witir sebanyak sembilan rakaat dengan dua tasyahhud yakni tasyahhud awal pada rakaat kelapan dan tasyahhud akhir pada rakaat kesembilan. Hal ini adalah bersandarkan kepada hadis daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:
 
وَيُصَلِّي تِسْعَ رَكَعَاتٍ لاَ يَجْلِسُ فِيهَا إِلاَّ فِي الثَّامِنَةِ فَيَذْكُرُ اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ
 
ثُمَّ يَنْهَضُ وَلاَ يُسَلِّمُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّ التَّاسِعَةَ
 
ثُمَّ يَقْعُدُ فَيَذْكُرُ اللَّهَ وَيَحْمَدُهُ وَيَدْعُوهُ
 
ثُمَّ يُسَلِّمُ تَسْلِيمًا يُسْمِعُنَا ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ
Maksudnya:
(Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sekiranya bersolat Witir) sembilan rakaat baginda tidak duduk (untuk tasyahhud awal) kecuali pada rakaat kelapan. Kemudian baginda memanjatkan pujian kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, berzikir dan berdoa (membaca tasyahhud). Setelah itu baginda bangkit dengan tidak mengucapkan salam. Selanjutnya baginda mengerjakan rakaat kesembilan lalu duduk dan berzikir kepada Allah yang Maha Mulia lagi Maha Perkasa, serta berdoa (membaca  tasyahhud akhir) kemudian mengucapkan salam yang terdengar oleh kami. Setelah itu baginda mengerjakan solat dua rakaat… - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 746.
 
* Tatacara mengerjakannya
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketiga
 
Rakaat Ketiga
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keempat
 
Rakaat Keempat
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat kelima
 
Rakaat Kelima
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat keenam
 
Rakaat Keenam
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat ketujuh
 
Rakaat Ketujuh
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Bangun untuk rakaat kelapan
 
Rakaat Kelapan
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat awal
3)      Bangun untuk rakaat kesembilan
 
Rakaat Kesembilan
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)       Duduk untuk tahiyyat akhir
3)       Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
Ada juga yang berpendapat solat Witir sembilan rakaat ini dibenarkan untuk didirikan dengan mengerjakan solat dua rakaat sebanyak empat kali dan diakhiri dengan solat satu rakaat sebagaimana keumuman hadis ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’ anhuma yang telah penulis paparkan sebelum ini.
 
q  Membaca Qunut Dalam Solat Witir
Kadangkala Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam membaca qunut dalam solat Witir. Qunut adalah nama bagi perbuatan untuk berdoa dalam solat pada tempat yang tertentu ketika berdiri. Dalil disyariatkan membaca qunut dan lafaz doa qunut ketika solat Witir adalah:
 
عَنْ الْحَسَنِ بْنِ عَلِيٍّ قَالَ عَلَّمَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَؤُلاَءِ الْكَلِمَاتِ فِي الْوِتْرِ قَالَ
 
قُلْ اللَّهُمَّ اهْدِنِي فِيمَنْ هَدَيْتَ وَعَافِنِي فِيمَنْ عَافَيْتَ وَتَوَلَّنِي فِيمَنْ تَوَلَّيْتَ وَبَارِكْ لِي فِيمَا أَعْطَيْتَ 
 
وَقِنِي شَرَّ مَا قَضَيْتَ فَإِنَّكَ تَقْضِي وَلاَ يُقْضَى عَلَيْكَ وَإِنَّهُ لاَ يَذِلُّ مَنْ وَالَيْتَ
 
(وَلَا يَعِزُّ مَنْ عَادَيْتَ) تَبَارَكْتَ رَبَّنَا وَتَعَالَيْتَ وَصَلَّى اللَّهُ عَلَى النَّبِيِّ مُحَمَّدٍ.
Maksudnya:
Diriwayatkan daripada Hasan bin Ali radhiallahu’ anh, bahawa dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah mengajarkan aku beberapa kalimat yang harus aku ucapkan di dalam solat Witir, iaitu Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjukkan, Selamatkanlah aku dalam golongan orang-orang yang telah Engkau pelihara. Berikanlah berkat dalam segala sesuatu yang telah Engkau berikan. Hindarkanlah diriku dari segala bahaya yang telah Engkau tetapkan. Sesungguhnya Engkaulah yang menentukan dan bukan yang ditentukan, Sesungguhnya tidak akan hina orang yang telah Engkau lindungi (dan tidak akan menjadi mulia orang yang Engkau musuhi). Engkau wahai Tuhan adalah Maha Mulia serta Maha Tinggi. Dan semoga Allah tetap memberi rahmat ke atas Nabi Muhammad. - Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no. 426. (tambahan dari riwayat Abu Daud, Kitab al-Solat, no: 1214)
 
Qunut ketika solat Witir dibaca pada rakaat yang terakhir setelah membaca surah dan sebelum rukuk. Dalilnya adalah sebuah  riwayat daripada Ubay bin Ka’ab, dia berkata:
 
كَانَ يُوتِرُ فَيَقْنُتُ قَبْلَ الرُّكُوعِ.
Maksudnya:
Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan Witir lalu membaca qunut sebelum rukuk. – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunannya, Kitab Iqaamatush Sholaah was Sunnah Fiiha, no: 1182.
 
Adalah disunatkan untuk membaca qunut dalam solat Witir ini pada malam-malam lima belas terakhir pada bulan Ramadan dan ini merupakan mazhab Imam al-Syafi’i rahimahullah. Menurut Syaikh Sayyid Sabiq rahimahullah pandangan ini adalah bersandarkan riwayat daripada Abu Dawud bahawa ‘Umar al-Khaththab radhiallahu 'anh mengumpulkan orang ramai untuk bersolat (tarawih) jemaah dengan berimamkan kepada Ubai bin Ka’ab radhiallahu 'anh. Selama dua puluh hari Ubai menjadi imam kepada mereka dan tidak pernah mengerjakan qunut melainkan pada pertengahan akhir pada bulan Ramadan. – Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 2, ms. 37-38.
 
* Tatacara mengerjakan doa qunut dalam solat Witir.
Rakaat Pertama
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Rukuk
7)      Iktidal
8)      Sujud
9)      Duduk antara dua sujud
10)    Sujud kali kedua
11)    Bangun untuk rakaat kedua
 
Rakaat Kedua
1)      Ulang seperti rakaat pada pertama dari nombor (4) hingga (10)
2)      Duduk untuk tahiyyat akhir
3)      Memberi salam kanan dan kiri dan bagun untuk mengerjakan rakaat ke terakhir
 
Rakaat Ketiga
1)      Berniat di dalam hati untuk mengerjakan solat Witir
2)      Takbiratul Ihram
3)      Doa Iftitah
4)      Membaca surah al-Fatihah
5)      Membaca Surah al-Qur’an
6)      Membaca Doa Qunut
7)      Rukuk
8)      Iktidal
9)      Sujud
10)    Duduk antara dua sujud
11)    Sujud kali kedua
12)    Duduk untuk tahiyyat akhir
13)    Memberi salam ke kanan dan ke kiri
 
q  Cara Menqadha Solat Witir
Apabila seseorang tertinggal mengerjakan solat Witir disebabkan perkara-perkara yang valid seperti tertidur atau terlupa maka ianya boleh diqadhakan ketika tersedar. Hal ini adalah sebagaimana yang diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
مَنْ نَامَ عَنْ وِتْرِهِ أَوْ نَسِيَهُ فَلْيُصَلِّهِ إِذَا ذَكَرَهُ.
Maksudnya:
Barangsiapa tertidur atau lupa sehingga tidak mengerjakan solat Witir, hendaklah dia mengerjakannya ketika dia teringat. - Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no: 1431.
 
Ulamak berbeza pendapat tentang kadar waktu yang dibenarkan untuk mengqadhakan solat Witir. Hadis di atas secara umum menyebutkan bahawa ianya boleh dilaksanakan pada bila-bila masa sahaja pada hari itu ketika teringat. Hanya sahaja yang afdal adalah ianya dikerjakan pada waktu di antara Subuh dan sebelum Zuhur agar mendapat pahala yang menyamai jika dikerjakan pada malam hari. Ini adalah kerana telah diriwayatkan daripada ‘Umar bin al-Khatthab radhiallahu’ anh, dia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
مَنْ نَامَ عَنْ حِزْبِهِ أَوْ عَنْ شَيْءٍ مِنْهُ فَقَرَأَهُ فِيمَا بَيْنَ صَلاَةِ الْفَجْرِ وَصَلاَةِ الظُّهْرِ كُتِبَ لَهُ
 
كَأَنَّمَا قَرَأَهُ مِنْ اللَّيْلِ.
Maksudnya:
Barangsiapa yang tertidur sehingga tidak sempat mengerjakan solat malam atau membaca al-Qur’an pada malam hari (padahal dia sudah berniat untuk mengerjakannya), kemudian dia mengerjakan pada waktu di antara Subuh dan Zuhur, nescaya akan dicatatkan untuknya seolah-olah dia telah mengerjakannya pada malam hari. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 747.
 
Namun begitu sekiranya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam mengqadhakan solat malamnya pada siang hari baginda akan menggenapkannya dari sebelas rakaat menjadi dua belas rakaat. Diriwayatkan daripada ‘Aisyah:
 
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا عَمِلَ عَمَلاً أَثْبَتَهُ
 
وَكَانَ إِذَا نَامَ مِنْ اللَّيْلِ أَوْ مَرِضَ صَلَّى مِنْ النَّهَارِ ثِنْتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً.
Maksudnya:
…Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila mengerjakan sesuatu solat baginda suka untuk mengerjakannya secara berterusan. Apabila baginda tertidur atau sakit sehingga tidak sempat mengerjakan solat malam baginda mengerjakan solat pada siang harinya sebanyak dua belas rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 746.
 
Oleh itu bagi sesiapa yang solat Witirnya secara kebiasaanya dikerjakan sebanyak satu rakaat maka apabila diqadha pada siang hari ianya dikerjakan sebanyak dua rakaat dan tiga rakaat menjadi empat rakaat dan seterusnya.
 
q  Bolehkah Mengerjakan Solat Sunat Setelah Solat Witir
Sebagaimana yang telah sedia maklum solat Witir dianggap penutup bagi solat malam. Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
 
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
Maksudnya:
Jadikanlah solat Witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Witr, no: 998.
 
Rentetan dari hadis di atas ada yang beranggapan tidak boleh lagi melaksanakan solat sunat setelah mengerjakan solat Witir. Namun begitu tanggapan ini dapat dibantah kerana Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah mengerjakan solat sunat setelah mengerjakan solat Witir. Daripada ‘Aisyah radhiallahu’ anha, dia berkata:
 
صَلَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْعِشَاءَ ثُمَّ صَلَّى ثَمَانِيَ رَكَعَاتٍ وَرَكْعَتَيْنِ جَالِسًا
 
وَرَكْعَتَيْنِ بَيْنَ النِّدَاءَيْنِ وَلَمْ يَكُنْ يَدَعْهُمَا أَبَدًا.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam solat Isyak kemudian solat lapan rakaat dan dua rakaat dengan duduk serta dua rakaat (Qabliyah Subuh) di antara dua seruan (yakni azan dan iqamah). Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak pernah meninggalkan kedua rakaat (Qabliyah Subuh) tersebut – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1159
 
Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah walaupun dalam riwayat di atas tidak menyebutkan tentang solat Witir namun hal ini diperjelaskan melalui riwayat al-Laits dengan lafaz:
 
كَانَ يُصَلِّي بِثَلاَث عَشْرَة رَكْعَة تِسْعًا قَائِمًا وَرَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِس
Maksudnya:
Baginda solat tiga belas rakaat, sembilan rakaat dengan berdiri dan dua rakaat dengan duduk. – Rujuk Fathul Baari Syarah Shahih al-Bukhari, jilid 6, ms. 314.
 
Dalam riwayat Imam Muslim kita akan gambaran yang lebih jelas akan hal ini.
 
Daripada Abi Salamah, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah radhiallahu’ anha tentang solat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam lalu dia menjawab:
 
كَانَ يُصَلِّي ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً يُصَلِّي ثَمَانَ رَكَعَاتٍ ثُمَّ يُوتِرُ ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
 
فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَرْكَعَ قَامَ فَرَكَعَ ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ بَيْنَ النِّدَاءِ وَالإِقَامَةِ مِنْ صَلاَةِ الصُّبْحِ.
 
Bahawasanya baginda bersolat sebanyak tiga belas rakaat. Baginda solat lapan rakaat kemudian (mengerjakan solat) Witir, kemudian solat dua rakaat sambil duduk, apabila hendak rukuk, baginda berdiri lalu rukuk, kemudian baginda solat dua rakaat (Qabliyah Subuh) di antara azan dan iqamah solat Subuh. – Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 738.
 
Seterusnya hal ini diperkuatkan lagi dengan riwayat di bawah:
 
عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّيهِمَا بَعْدَ الْوِتْرِ وَهُوَ جَالِسٌ
 
يَقْرَأُ فِيهِمَا إِذَا زُلْزِلَتْ الْأَرْضُ وَقُلْ يَا أَيُّهَا الْكَافِرُونَ
Maksudnya:
Daripada Abi Umamah bahawa Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam mengerjakan solat dua rakaat setelah mengerjakan solat witir dengan duduk dan baginda membaca ‘Idza zul zilztil ardhu’ dan ‘Qul yaa ayyuhal kaafiruun’. – Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 21216.
 
Hanya sahaja Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam tidak berterusan dalam melaksanakan solat dua rakaat setelah Witir tersebut. Solat dua rakaat setelah Witir itu boleh dianggap sebagai solat untuk menyempurnakan kekurangan yang mungkin ada ketika melaksanakan solat Witir tersebut. Ibnu Qayyim rahimahullah memperjelaskan:
 
Sebahagian orang ada yang merasa musykil dengan masalah solat dua rakaat setelah witir ini kerana ianya dilihat bertentangan dengan sabda baginda:
اجْعَلُوا آخِرَ صَلاَتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا.
 
Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kalian pada malam hari.
 
Dalam hal ini Imam Ahmad berkata: Aku tidak mengerjakannya tapi juga tidak melarang orang lain mengerjakannya. Sedangkan Imam Malik mengingkari dua rakaat itu. Ada pula yang menyatakan bahawa baginda mengerjakan dua rakaat itu untuk menunjukkan bahawa diperbolehkan solat (sunat) setelah Witir. Mereka menafsirkan perintah baginda untuk mengakhiri solat malam dengan Witir sebagai anjuran dan dua rakaat sesudahnya diperbolehkan. Apa yang benar, Witir adalah ibadah yang berdiri sendiri. Dua rakaat yang baginda lakukan setelah itu seperti halnya sunat (Ba’diyah) setelah Maghrib yang melengkapi solat Maghrib. Sehingga dua rakaat ini juga melengkapi solat Witir sebagai penutup solat malam. Dua rakaat setelahnya sebagai pelengkap. – Rujuk Ibnu Qayyim al-Jauziyah, Mukhtashar Zaadul Ma’ad, diringkaskan oleh Syaikh Muhammad Abdul Wahhab al-Tamimi (edisi terjemahan dengan tajuk Zaadul Maad : Bekal Perjalan Ke Akhirat, Pustaka Azam, Jakarta 1999) ms. 36-37.
 
q  Tidur Sejenak Setelah Mengerjakan Solat Witir
Disunnahkan juga untuk tidur setelah mengerjakan solat malam termasuk solat Witir sehinggalah dikumandangkan azan Subuh. Daripada al-Aswad, dia berkata: Aku bertanya kepada ‘Aisyah radhiallahu’ anha: Bagaimana solat Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada malam hari. ‘Aisyah berkata:
 
كَانَ يَنَامُ أَوَّلَهُ وَيَقُومُ آخِرَهُ فَيُصَلِّي ثُمَّ يَرْجِعُ إِلَى فِرَاشِهِ فَإِذَا أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ.
Maksudnya:
Biasanya baginda tidur pada awal malam dan bangun pada akhir malam lalu solat, kemudian kembali lagi ke tempat tidurnya. Apabila muadzdzin telah mengumandangkan azan baginda bangun. – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Tahajjud, no: 1146.
 
Adakah hal ini bertentang dengan hadis tentang baring sejenak setelah mengerjakan solat Qabliyah Subuh? Syaikh Abu Malik Kamal menyatakan:
 
Apa yang jelas adalah disyariatkannya tidur setelah dua rakaat sunat Subuh, namun pada kenyataannya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pada satu waktu baginda tidur antara solat malam dan solat Subuh. Pada waktu yang lain pula baginda tidur setelah dua rakaat solat sunat Subuh. Mungkin sahaja baginda tidur pada kedua waktu itu. Wallahu a’lam. – rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim, Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah (edisi terjemahan dengan tajuk Shahih Fikih Sunnah terbitan Pustaka Azzam, Jakarta, 2006), jilid 1, ms. 621.