ISU 20 : CONTOH HADIS PALSU YANG
TERSEBAR
Soalan 20:
Apakah
contoh-contoh hadis dhaif dan palsu yang telah tersebar dalam masyarakat?
Jawapan:
Berikut saya senaraikan beberapa contoh hadis-hadis
yang popular di dalam masyarakat. Sayangnya hadis-hadis yang popular ini pada
hakikatnya adalah dhaif atau palsu. Saya menyebutnya sebagai dhaif atau palsu
dengan meletakkan komen dan hasil kajian para ulama hadis dulu dan kini untuk
sama-sama diteliti dan difahami. Ini bermakna, bukanlah saya yang memandai-mandai
mengatakan ia dhaif atau palsu, tetapi saya berpandukan kepada hasil kajian
yang telah sedia ada di dalam buku-buku para ulama hadis. Bagi para pembaca,
mereka dialu-alukan untuk membetulkan kesilapan saya sama ada dari segi
penggunaan bahan rujukan atau kesilapan dalam terjemahan teks asalnya yang
ditulis dalam bahasa arab.
Di samping itu saya juga selitkan sedikit ulasan bagi
menjelaskan maksud hadis tersebut dan juga membincangkan adakah maksud hadis
boleh diterima dan disokong oleh dalil-dalil daripada Al Quran atau hadis
sahih. Walau bagaimana baik maksud sesuatu hadis yang dhaif atau palsu, hadis
tersebut tetap tidak boleh dinyatakan atau ‘diiklankan’ sebagai ‘hadis sahih’
atau sebagai ‘sabda Nabi SAW’. Hadis tersebut mungkin boleh dianggap sebagai
kata-kata hikmah atau nasihat yang baik sekiranya maksudnya tidak bertentangan
dengan ajaran Islam. Pembaca akan dapat melihat apa yang saya maksudkan dalam
huraian setiap hadis.
Pertama:
Maksudnya: Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.
Kedudukan
Hadis:
Ini adalah
hadis palsu. Hadis ini telah disebutkan sebagai palsu
oleh Ibn al Jauzi di dalam buku al Maudhu’at[1]. Pembaca juga boleh melihat buku Menangkis
Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya karya Mohd. Asri Zainul Abidin
untuk mendapat maklumat lanjut tentang hadis ini. Hadis ini dikritik juga oleh
pengkaji hadis seperti Ibnu Tahir al Maqdisi (507H)[2], al Iraqi[3], Ibn Hibban[4] dan
Muhammad Nasiruddin al Albani[5].
Ulasan:
Hadis ini kerap
dijadikan hujah bagi membuktikan bahawa Islam menggalakkan umatnya menuntut
ilmu sejauh yang mungkin walaupun ke negara China. Sedangkan pada hakikatnya
hadis ini adalah palsu. Telah ada dalil-dalil serta hujah-hujah yang jelas
dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih tentang kewajipan menuntut ilmu serta
kelebihan mereka yang mempunyai ilmu. Terdapat ayat-ayat Al Quran yang mengiktiraf
golongan yang berilmu contohnya:
Maksudnya : ALLAH
mengangkat kedudukan orang-orang yang beriman dan yang mempunyai ilmu dengan
beberapa darjat[6].
Begitu juga di
dalam hadis-hadis sahih terdapat saranan ke arah menuntut ilmu antaranya
seperti hadis:
Maksudnya: Sesiapa
yang melalui jalan ke arah menuntut ilmu maka ALLAH mudahkan untuknya jalan ke
syurga[7].
Telah diketahui
umum bahawa menuntut ilmu adalah kewajipan dalam kehidupan umat Islam. Apa yang
ingin saya sebutkan di sini adalah kesalahan menggunakan hadis palsu dalam
menyatakan sesuatu perkara yang telah sedia ada dalam Islam sama ada di dalam
Al Quran atau hadis-hadis sahih. Tindakan menggunakan hadis palsu ini boleh
menjadikan kita lupa bahawa ayat Al Quran atau hadis sahih sudah pun memadai
dan mencukupi untuk kita menyatakan sesuatu yang berkaitan dengan Islam.
Berhati-hatilah dalam menggunakan sesuatu hadis. Pastikan bahawa hadis tersebut
adalah sahih sebelum menggunakannya sebagai dalil atau hujah.
Kedua:
Maksudnya: Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad
Kedudukan
Hadis:
Hadis ini
adalah hadis palsu. Menurut Yusuf al Qaradhawi, walaupun maksud hadis ini
benar, bukanlah bermakna itu adalah hadis yang benar-benar datang dari Nabi SAW[9]. Hadis ini juga ditolak kesahihannya sebagai sabda
Nabi SAW oleh seorang pengkaji hadis zaman ini, Abd. Fattah Abu Ghuddah[10].
Ulasan:
Seperti yang
telah disebutkan dalam komen saya terhadap hadis pertama, terdapat banyak dalil
dalam Al Quran dan hadis-hadis yang sahih yang menyuruh dan menggalakkan umat
Islam menuntut ilmu. Dalil-dalil itu sudah mencukupi dan kita tidak perlu lagi
menggunakan hadis-hadis palsu yang direka. Penggunaan hadis-hadis palsu adalah
salah walaupun dengan niat yang baik.
Wujudnya
segolongan pendakwah atau penceramah yang tidak mendalami bidang hadis telah
menyebabkan ramai pendengar yang terkeliru dengan hadis-hadis yang tidak sahih
tetapi disangkanya sahih. Bahkan disangkanya hadis ini menjadi kaedah utama
dalam agama Islam sehingga dia terlupa dalil yang sudah sedia ada dalam Al
Quran dan hadis-hadis sahih. Pendakwah atau penceramah selalunya mencari jalan
singkat untuk mengumpulkan bahan ceramahnya lalu mereka menggunakan buku-buku
berbentuk akhlak atau buku cerita yang kadangkala tidak memperdulikan kesahihan
fakta yang dimuatkan di dalamnya. Ada yang mengambil hadis-hadis daripada buku
al Ghazali iaitu Ihya’ Ulumiddin yang sememangnya mengandungi banyak
hadis dhaif dan palsu. al Iraqi telah berusaha untuk menyemak kembali
hadis-hadis di dalam buku Ihya’ Ulumiddin dan mengkaji kesahihannya atau
kedhaifannya. Segala kajian al Iraqi itu beliau muatkan di dalam bukunya
berjudul al Mughni ‘An Hamli al Asfar dan jika kita membaca kajian
beliau, kita akan dapati terlalu banyak hadis yang tidak sahih ada dalam buku
al Ghazali itu.
Kepada pembaca buku Ihya’
Ulumiddin, saya nasihatkan supaya mereka melihat kajian al Iraqi dan
memastikan adakah hadis itu sahih atau tidak. Terdapat beberapa versi buku Ihya’
Ulumiddin yang dicetak bersama dengan kajian al Iraqi sebagai nota kaki.
Tidak ada sesiapa yang menyalahkan al Ghazali kerana kesilapannya dalam buku Ihya’
Ulumiddin kerana al Ghazali adalah manusia biasa yang tidak terlepas
daripada kesilapan. Beliau berkemungkinan besar tidak tahu bahawa sesuatu hadis
itu palsu lalu menyebutnya dalam Ihya’ Ulumiddin. Tetapi kita sebagai
pembaca pada zaman ini perlulah mengelak dari menggunakan hadis-hadis palsu
dalam Ihya’ Ulumiddin kerana kita telah pun tahu tentang kepalsuannya
berdasarkan kajian al Iraqi serta ulama lain. Kita menghormati al Ghazali
tetapi kita tidak akan mengulangi kesilapan yang beliau telah lakukan iaitu
tersalah dalam menyebut hadis-hadis palsu yang disangka beliau sebagai sahih.
Ketiga:
Maksudnya: Tidur
selepas subuh/ waktu pagi menghalang rezeki.
Kedudukan
Hadis:
Hadis ini
adalah hadis palsu. Hadis ini dilabelkan
sebagai palsu oleh al Hasan Ibn Muhammad al Shoghoni dan disokong oleh
ahli hadis masa kini, Abd. Fattah Abu Ghuddah[11]. Manakala di antara ulama yang melabelkan
hadis ini sebagai sangat dhaif pula ialah al Haithami[12], Ahmad Syakir[13], Muhammad Nasiruddin al Albani[14] dan Syuaib al Arnaouth[15].
Ulasan:
Tiada tegahan
dan tiada pula suruhan ke arah perkara ini. Perkara ini dilakukan mengikut
kesesuaian keadaan dan keperluan. Sedangkan sesiapa sahaja yang ingin mencari
hadis ini pasti akan menemui bahawa para ulama hadis yang terkenal telah
mengkritik hadis ini sekaligus menjadikannya hadis yang tidak sahih. Ada pula
yang berhujah bahawa logik akal menyokong hadis ini kerana orang yang bekerja
akan lewat ke tempat kerja dan tidak dapat menjalankan tugas sekiranya tidur
selepas subuh. Mereka seolah-olah lupa bahawa ada juga masyarakat kita yang
bekerja pada waktu petang dan malam. Adakah mereka tidak dapat menjalankan
tugas jika tidur selepas subuh?
Persoalan
rezeki ini adalah persoalan besar dan untuk menyatakan sesuatu perkara itu
menghalang rezeki, kita memerlukan hujah dan dalil yang kuat daripada Al Quran
atau hadis sahih. Terdapat beberapa perkara lagi yang dikatakan menghalang
rezeki seperti minum daripada gelas sumbing, menjahit baju di badan sendiri dan
lain-lain lagi tetapi semuanya tidak mempunyai dalil atau hujah daripada Al
Quran atau hadis sahih.
Keempat:
Kisah sahabat Nabi bernama Sa’labah ثعلبة yang tidak membayar zakat.
Kedudukan
Hadis:
Hadis
ini adalah hadis palsu. Maklumat lanjut ada di dalam buku al Sohih al Musnad
Min Asbab al Nuzul karya Syeikh Muqbil bin Hadi al Wadii[16]. Buku ini merupakan antara hasil karya
yang terbaik daripada Syeikh Muqbil yang merupakan seorang pengkaji hadis dari
negara Yaman. Beliau berusaha mengumpulkan asbab nuzul (sebab-sebab ayat Al
Quran diturunkan) yang sahih sahaja. Ini kerana sememangnya telah diketahui
bahawa tidak semua asbab nuzul yang tercatat dalam buku-buku terdahulu adalah
sahih. Menurut Syeikh Muqbil, kisah Sa’labah yang tidak membayar zakat ditolak
kesahihannya oleh imam-imam hadis terkenal seperti Ibnu Hazm (al Muhalla)
, al Suyuthi (Lubab al Nuqul) , Ibnu Hajar al Asqalani (Takhrij al
Kasyaf dan Fath al Bari), al Haithami (Majma’ al Zawaaid), al
Zahabi (Tajrid Asma’ al Sahabah), al Munawi (Faidh al Qadir) dan
al Iraqi (al Mughni – takhrij Ihya’ Ulumiddin). Di dalam
sanad hadis tersebut terdapat periwayat yang dikritik sebagai dhaif iaitu Ali
bin Yazid al Alhani.
Syeikh
Muqbil al Wadii juga menyatakan bahawa terdapat riwayat yang disebutkan
daripada Ibnu Abbas yang menceritakan bahawa kisah ini adalah berkaitan dengan
seorang sahabat bernama Sa’labah bin Abi Hathib dan bukan Sa’labah bin Hathib.
Namun riwayat itu juga tidak sahih kerana bersumberkan daripada
periwayat-periwayat yang tidak diterima.
Salah
seorang ulama dan pendakwah terkemuka Mesir, Muhammad Hassan telah
menyenaraikan beberapa hujah yang membuktikan bahawa kisah Sa’labah ini adalah
kisah yang tidak benar. Hujah-hujah untuk mendhaifkan hadis ini disebut dalam
salah satu ceramah beliau dan boleh didengari dari laman web www.islamway.com.
Kisah ini juga
dikritik kesahihannya oleh Yusof al Qaradhawi dalam bukunya Kaifa Nata’amalu
Ma’a al Sunnah al Nabawiyyah[17], Al Iraqi[18] dan Muhammad Nasiruddin al Albani[19].
Ulasan:
Boleh dikatakan semua ulama tafsir dan hadis yang
terkenal telah mendhaifkan hadis ini. Tidak ada seorang ulama pun yang
mengatakan kisah ini benar. Sayangnya hadis ini amat popular terutama dalam
kalangan yang ingin mengajak masyarakat supaya membayar zakat serta tidak melengahkan
pembayarannya. Kisahnya berkisar tentang seorang sahabat Nabi SAW yang bernama
Sa’labah bin Hathib yang pada asalnya miskin. Namun setelah didoakan oleh Nabi
SAW, dia telah menjadi kaya raya. Kekayaannya menjadikannya sombong dan enggan
menunaikan zakat. Akhirnya beliau tidak diterima taubatnya oleh Rasulullah SAW
kerana turunnya ayat daripada surah at Taubah. Selepas baginda wafat, para
khalifah tidak ingin menerima zakat yang ingin diberikan oleh Sa’labah. Kisah
ini adalah kisah yang tidak benar.
Azab siksa yang dijanjikan kepada mereka
yang tidak membayar zakat telah ada disebutkan di dalam nas-nas yang sahih
iaitu Al Quran dan hadis sahih. Oleh sebab itu kita melihat dalam sejarah Islam
berlakunya peperangan yang dipimpin oleh khalifah pertama Islam , Abu Bakr al
Siddiq menentang golongan yang tidak mahu membayar zakat.
Kelima:
Maksudnya: Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu
hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.
Kedudukan
Hadis:
Hadis ini
adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam
bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[20]. Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah
didhaifkan oleh al Haithami[21].
Ulasan:
Setahu penulis,
tidur selepas Asar belum dibuktikan kemudharatannya dari segi perubatan.
Kalaulah sekiranya dapat dibuktikan dari segi perubatan bahawa perbuatan ini
memberikan kesan kepada akal manusia, maka kita akan menyatakan bahawa ia
dilarang berhujahkan kenyataan dari aspek perubatan tersebut dan bukannya
berhujahkan hadis yang tidak sahih ini. Hadis dhaif dan palsu tetap tidak boleh
dijadikan hujah atau dalil untuk melarang sesuatu perkara yang asalnya tidak
dilarang.
Terdapat satu
kisah berkaitan persoalan tidur selepas waktu Asar. Seorang imam fiqh dan hadis
yang masyhur, al Laith bin Saad (175H) pernah ditegur oleh salah seorang
rakannya kerana beliau mendapati al Laith tidur selepas Asar pada bulan
Ramadhan. Rakannya itu membacakan hadis yang telah disebutkan di atas tadi
(riwayat Ibnu Adi dalam buku al Kamil) sebagai hujah untuk menegur al Laith.
Apabila al Laith mendengar sanad hadis itu dibaca, maka beliau telah mengesan
satu kecacatan dalam hadis tersebut iaitu terdapat periwayat bernama Abdullah
bin Lahi’ah yang meriwayatkan hadis itu daripada periwayat bernama Aqil. Al
Laith lalu berkata: “Aku tidak akan meninggalkan perkara yang bermanfaat kepada
diriku ini (tidur selepas Asar) hanya kerana hadis yang diambil dari jalan Ibnu
Lahi’ah dari Aqil”. Maksud al Laith ialah beliau tidak akan meninggalkan tidur
selepas Asar yang bermanfaat baginya hanya kerana satu hadis yang tidak sahih[22].
Keenam:
Maksudnya: Kebersihan itu separuh daripada iman.
Kedudukan
Hadis:
Hadis ini telah
dikritik dan dilabelkan sebagai hadis dhaif jiddan (sangat dhaif) oleh al Iraqi[23] dan dinyatakan sebagai palsu oleh al Albani[24] dengan
lafaz yang hampir sama iaitu “kebersihan itu menyeru kepada keimanan”.
Ulasan:
Telah
disepakati oleh semua orang yang mempelajari tentang Islam melalui sumber
utamanya iaitu Al Quran dan hadis sahih bahawa Islam memang mementingkan
kebersihan. Tetapi tidak ada hadis yang menyatakan bahawa “Kebersihan itu
separuh daripada iman”. Kita perlu berhati-hati apabila menyebutkan sesuatu
hadis dan tidak sekadar menyebutnya kerana maknanya bertepatan dengan ajaran
Islam.
Terdapat satu
perkara yang menarik yang saya pernah temui iaitu satu hadis yang diriwayatkan
oleh Muslim dalam Sahih Muslim[25] dengan lafaz: الطهور شطر الإيمان yang diterjemahkan dengan maksud: “Kebersihan itu
sebahagian daripada iman”. Terjemahan sebegini saya temui di dalam salah
sebuah majalah yang pernah saya baca. Sedangkan maksud hadis itu yang sebenar
menurut kata para pengkaji hadis dalam buku-buku mereka ialah: “Bersuci
dari hadas adalah separuh daripada solat”. Terdapat perselisihan pendapat
tentang maksud hadis ini dalam buku Jami’ al Ulum wa al Hikam karya Ibnu
Rejab al Hanbali (795H). Ibnu Rajab telah membincangkan maksud sebenar
perkataanالطهور dan perkataan الإيمان dengan membawa banyak pendapat para ulama. Kesimpulan
yang diambil oleh Ibnu Rajab ialah perkataan الطهور membawa maksud ‘bersuci daripada hadas’ dan maksudالإيمان pula ialah ‘solat’[26]. Maksud hadis ini betul, namun hakikat ini tidak
bermakna kata-kata tersebut telah benar-benar diucapkan oleh Rasulullah SAW.
Kita mesti berhati-hati dalam menyebut sesuatu berkaitan Rasulullah SAW[27].
Ketujuh:
Maksudnya: Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.
Kedudukan
Hadis:
Hadis ini telah
dikategorikan oleh beberapa orang ulama hadis sebagai tidak ada asalnya.
Perkataan ini bermaksud tidak ada asal usulnya dalam mana-mana buku hadis.
Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh al Subki sebagaimana dicatatkan oleh
al Albani dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[28]. Al Iraqi juga menolak kesahihan hadis ini[29].
Ulasan:
Hadis ini telah
menyatakan bahawa menjadi satu rahmat bagi kita jika kita berselisih pendapat.
Ini adalah pandangan yang perlu diteliti dengan mendalam kerana kita amat yakin
bahawa perselisihan selalunya membawa kepada perpecahan. Ibn Hazm dalam bukunya
al Ihkam Fi Usul al Ahkam telah menyatakan bahawa jika sekiranya
perselisihan itu rahmat, maka sudah pasti permuafakatan pula akan menjadi satu
perkara yang tidak dirahmati. Ini adalah pendapat yang tidak benar sama sekali[30].
Ada sesetengah
penulis yang menafsirkan perselisihan dalam hadis ini dengan maksud
perselisihan dalam bidang fiqh dan bukan perselisihan dalam bidang aqidah.
Tafsiran sebegini adalah tepat tetapi pada pandangan penulis, kita tidak perlu
membuat tafsiran sebegini kerana hadis ini bukanlah hadis yang sahih. Tafsiran
sebegini diperlukan sekiranya hadis ini sahih dan kita tidak dapat memahami
maksudnya. Ada pun sekiranya sesuatu hadis itu tidak sahih, tidak perlulah kita
bersusah payah hendak memahaminya. Tumpukan usaha kita kepada hadis yang sahih
sahaja. Wallahu a’lam.
Kelapan:
Maksudnya: Sabar itu separuh daripada iman
Kedudukan
Hadis:
Menurut Ibn
Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAW[31]. Di antara yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW
ialah al Ghazali dalam bukunya Ihya’ Ulumiddin. Menurut al Iraqi yang
mengkaji hadis-hadis Ihya’ Ulumiddin, hadis tersebut adalah dhaif[32]. Begitu
juga dengan al Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif[33]. Menurut al
Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat)[34].
Ulasan:
Memandangkan
bahawa kata-kata ini adalah kata-kata sahabat dan melihat kepada maksudnya yang
tidak menyalahi mana-mana asas dalam Islam, maka boleh diucapkan dan
disebarkan kepada masyarakat. Apa yang perlu ialah menyatakannya sebagai
kata-kata sahabat atau kata-kata hikmah dengan tidak menyatakannya sebagai
hadis Nabi SAW. Kita juga mesti mengutamakan ayat-ayat Al Quran yang
menceritakan perihal kesabaran dan kepentingannya seperti ayat-ayat di dalam
surah Luqman yang menceritakan nasihat Luqman kepada anaknya yang antara
lainnya mengandungi nasihat supaya bersabar di atas segala ujian yang menimpa
diri. Begitu juga dengan hadis-hadis sahih yang menceritakan soal kesabaran dan
pahala orang-orang yang sabar. Itu mesti didahulukan daripada kata-kata hikmah
atau kata-kata sahabat agar masyarakat sentiasa memahami kewajipan mendahulukan
Al Quran dan hadis sahih dalam kehidupan.
Kesembilan:
Maksudnya: Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan
kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata:
Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu.
Kedudukan
Hadis:
Hadis ini telah
dinilai sebagai hadis dhaif oleh Syuaib al Arnaouth ketika beliau menyemak
hadis-hadis di dalam buku Jami’ al ‘Ulum Wa al Hikam tulisan Ibn Rajab
al Hanbali[35].Beliau telah mengambil pandangan Ibnu Hajar al
Asqalani yang menyatakan bahawa kata-kata ini ialah kata-kata seorang ulama
tabiin yang bernama Ibrahim Bin ‘Ablah.
Menurut al Albani dalam Silsilah al Ahadith al
Dhaifah: Munkar. Al Albani telah menukilkan kata-kata Ibnu Taimiyyah (728H)
dalam Majmu’ al Fatawa:
Tidak ada asalnya (hadis tersebut) dan tidak diriwayatkan oleh
pakar-pakar yang mengetahui tentang kata-kata Nabi SAW dan perbuatan baginda.
Dan memerangi orang-orang kafir (jihad) adalah sebesar-besar amalan bahkan
merupakan amalan yang terbaik yang dilakukan oleh seseorang manusia[36].
Ulasan:
Hadis ini boleh
menyebabkan sebahagian umat Islam tersalah anggap lantas memperkecilkan
kefardhuan jihad dan keagungan pahala mereka yang berjihad sebagaimana yang
telah disebutkan di dalam Al Quran dan hadis-hadis sahih. Hadis ini sering
digunakan oleh mereka yang bercakap atas nama kesufian untuk menunjukkan betapa
pentingnya jihad melawan kehendak hawa nafsu. Tiada siapa yang menafikan
perlunya kita melawan nafsu yang ingin mengajak ke arah maksiat dan sudah sedia
ada di dalam hadis-hadis sahih tentang kepentingan mujahadah menentang kehendak
nafsu ini seperti hadis Nabi SAW:
Tetapi hadis ini tidaklah sampai bermaksud seperti
yang digambarkan oleh hadis palsu tadi sehingga ke tahap menjadikan peperangan
itu kecil dan melawan nafsu lebih besar mengatasi segalanya. Firman ALLAH:
Maksudnya :
Orang-orang yang beriman, berhijrah dan berjihad pada jalan ALLAH dengan
diri mereka sendiri dan harta mereka lebih besar pahalanya (dari orang yang
hanya memberikan harta dan tidak pergi ke medan peperangan) di sisi ALLAH dan
itulah orang-orang yang berjaya[38].
Di dalam Islam
terdapat pelbagai jenis jihad dan di antaranya ialah jihad peperangan
mempertahankan Islam daripada musuh, jihad dalam menuntut ilmu, jihad
membangunkan ekonomi, jihad menentang hawa nafsu yang menjurus ke arah maksiat
dan lain-lain lagi. Namun begitu, hadis yang disebutkan tadi adalah dhaif atau
lebih rendah kedudukannya dan kita dilarang menggunakan hadis sedemikian dalam
menyatakan sesuatu hukum. Marilah kita menggunakan hadis-hadis sahih dalam
menentukan sesuatu perkara atau hukum. Inilah perkara yang telah disarankan
oleh para ulama sejak dahulu hingga kini.
Kesepuluh:
Maksudnya: Berbual di masjid memakan pahala seperti
binatang liar memakan rumput.
Kedudukan
Hadis:
Menurut
beberapa orang ulama hadis, hadis ini adalah palsu. Hadis ini disebut di dalam
buku-buku seperti Ihya’ Ulumiddin karya al Ghazali. Al Iraqi telah
memberikan komennya terhadap hadis ini dengan kata beliau: “Aku tidak menemui
asalnya”[39]. Pendapat tersebut disokong oleh al Albani di dalam
bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[40]. Di antara
ulama hadis lain yang menyatakan bahawa hadis ini palsu ialah al Zubaidi, al
Fairuz Abadi, Ibn Hajar al Asqalani, Ali al Qari dan Abd. Fattah Abu Ghuddah[41].
Ulasan:
Hadis ini
secara zahirnya seolah-olah melarang kita daripada berbual atau berbincang di
masjid. Sedangkan di dalam hadis-hadis yang sahih, kita dapati Rasulullah SAW
seringkali berbincang dan berbual dengan para sahabat di dalam masjid. Bahkan lebih
dari itu, sekumpulan orang Islam dari Habsyah telah bermain di dalam Masjid
Nabawi dengan permainan pisau. Permainan tersebut bertujuan mengisi masa lapang
dan juga melatih kemahiran bersenjata. Maka Rasulullah SAW dan isterinya Aisyah
bersama-sama melihat kepakaran orang-orang Habsyah bermain senjata dan tidak
melarangnya[42].
Masjid
merupakan tempat untuk kita berbincang, menuntut ilmu, merancang
perkara-perkara kebaikan dan juga bertegur sapa serta beramah mesra. Inilah
yang berlaku pada zaman Rasulullah SAW dan ia berlainan dengan apa yang
disebutkan oleh hadis yang tidak sahih ini. Seharusnya masjid berperanan
seperti zaman Rasulullah SAW bagi memastikan umat Islam terus maju dan berjaya
seperti pada zaman Rasulullah SAW dan para sahabat.
Hadis daif dan palsu dalam
Kitab Ihya ‘Ulumiddin
Author:
admin
29 Nov
KITAB Ihya
‘Ulumiddin karangan al-Imam al-Ghazali adalah kitab yang sangat masyhur dalam
masyarakat kita. Bahkan kitab ini juga memang masyhur di seluruh dunia Islam.
Ramai yang gemar membaca dan mengambil manfaat daripada kitab ini. Namun ramai
yang kurang memberi perhatian terhadap peringatan para ulama hadis sejak zaman
dahulu bahawa dalam kitab ini terdapat banyak hadis lemah, tersangat lemah dan
palsu. Di samping banyak juga terdapat di dalamnya hadis-hadis sahih yang
diguna pakai oleh imam berkenaan ketika mengemukakan hujah-hujahnya.
Al-Imam
al-Ghazali adalah seorang tokoh umat Islam yang dihormati. Jasa dan
sumbangannya dalam sebahagian bidang agama tidak dapat dilupakan. Beliau adalah
ahli fikir yang besar. Namun bidang hadis bukanlah pengkhususan beliau. Ini
diakui oleh mereka yang alim dalam bidang hadis.
Mengkritik
hadis-hadis lemah dan palsu dalam kitab Ihya ‘Ulumiddin tidaklah bermaksud
menghina atau melupakan jasa dan sumbangan al-Ghazali. Namun, kita harus
berkata benar dan jujur dalam segala perkara. Menghargai seseorang tidak boleh
membawa kita mengatakan kesilapannya sebagai kebenaran. Jasanya dikenang. Namun
kesilapan dinilai agar mereka yang membaca kitab tersebut tidak membuat
kesalahan dengan menganggap riwayat yang tidak layak dinilai sebagai hadis
dikatakan hadis.
Firman Allah
yang bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kamu menjadi
orang-orang yang sentiasa menegakkan keadilan, lagi menjadi saksi (yang
menerangkan kebenaran) kerana Allah, sekalipun terhadap diri kamu sendiri, atau
ibu bapa dan kaum kerabat kamu. (al-Nisa’: 135)
Al-Ghazali
seperti yang dinyatakan oleh al-Hafizd al-Zahabi (wafat 748H) ketika mengulas
kesilapan-kesilapan dalam kitab Ihya berkata: “Aku katakan: Al-Ghazali adalah
imam yang besar, namun bukanlah menjadi syarat seorang alim itu untuk dia tidak
melakukan kesilapan.’’ (Rujukan: Al-Zahabi, Siyar Alam al-Nubala 19/339,
Beirut: Muassasah al-Risalah.)
Sesiapa
sahaja yang mengkaji ilmu hadis tahu bahawa Al-Imam al-Ghazali bukan seorang
pakar dalam bidang hadis, ini diakui oleh semua pihak, melainkan mereka yang
jahil tentang ilmu hadis. Sehingga Taj al-Din al-Subki (meninggal 771H),
seorang tokoh mazhab al-Syafie terkenal yang begitu mempertahankan al-Imam
al-Ghazali, dalam Tabaqatnya turut mengakui hal ini dengan menyatakan: “Adapun
apa yang dianggap cacat pada kitab al-Ihya disebabkan kelemahan sebahagian
hadis-hadisnya, ini kerana al-Ghazali diketahui bukanlah seorang pakar dalam
bidang hadis.’’ (Rujukan: Taj al-Din al-Subki, Tabaqat al-Syafi’yyah al-Kubra,
3/449, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.)
Kita lihat
apa yang dikatakan oleh tokoh-tokoh hadis mengenai kitab Ihya‘ Ulumiddin,
antaranya:
1. Kata
al-Hafizd al-Imam Ibn Kathir (meninggal dunia 774H) dalam kitab Al-Bidayah wa
Al-Nihayah: “Ketika berada di Damsyik dan Baitulmaqdis, al-Ghazali mengarang
kitabnya Ihya ‘Ulumiddin. Ia sebuah kitab yang ganjil. Ia mengandungi ilmu yang
banyak berkaitan syarak, bercampur dengan kehalusan tasawuf dan amalan hati.
Namun dalamnya banyak hadis yang gharib, mungkar dan palsu.’’ (Rujukan: Ibn
Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 12/186, Beirut: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah.)
2. Kata
al-Hafizd al-Imam Ibn Jauzi (wafat 597H): “Kemudian datang Abu Hamid al-Ghazali
menulis untuk golongan sufi kitab al-Ihya Ulumiddin berdasarkan pegangan
mereka. Dia memenuhi bukunya dengan hadis-hadis batil yang dia tidak tahu
kebatilannya.’’ (Rujukan: Ibn Jauzi, Talbis Iblis, hlm 190, Beirut: Dar
al-Kutub al-ilmiyyah).
3. Kata
al-Hafizd al-Imam al-Zahabi (wafat 748H): “Adapun kitab al-Ihya padanya ada
sejumlah hadis-hadis yang batil. Sekiranya tidak ada padanya adab, cara dan
zuhud yang diambil daripada ahli falsafah dan golongan sufi yang menyeleweng,
padanya ada kebaikan yang banyak. Kita memohon daripada Allah ilmu yang
bermanfaat. Tahukah anda apa itu ilmu yang bermanfaat? Ia apa yang dinyatakan
al-Quran dan ditafsirkannya oleh Rasulullah s.a.w. secara perkataan dan
perbuatan.” (Rujukan: Al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala’, 19/339, Beirut: Dar
al-Risalah.)
4. Kata
Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah (wafat 728H): “Abu Hamid (Al-Ghazali) tidak
mempunyai kepakaran dalam hadis-hadis Nabi dan riwayat-riwayat salaf seperti
mana yang dimiliki oleh ahli-ahli yang mengetahui perkara itu.
“Mereka
dapat membezakan antara yang sahih dan yang tidak sahih. Oleh itu, al-Ghazali
menyebut dalam kitab-kitabnya hadis dan athar yang palsu dan dusta, yang mana
kalau mengetahuinya tentu dia tidak menyebutnya.” (Rujukan: Ibn Taimiyyah,
Dar’u Ta’arud al-‘Aql wa al-Naql, 7/149, Riyad: Dar al-Kunuz al-Adabiyyah.)
Sebagai
langkah penyelesaian bagi mengatasi masalah hadis-hadis palsu dan daif yang
terlalu banyak dalam Ihya maka kitab tersebut hendaklah dibaca bersama dengan
takhrij (penilaian dan semakan) yang dibuat oleh Al-Hafizd al-‘Iraqi (wafat
806H). Al-Hafizd Abd. al-Rahim bin al-Husain al-‘Iraqi telah menyemak
hadis-hadis Ihya dengan menyebut sumber hadis-hadis yang disebut dalamnya serta
kedudukan hadis-hadis tersebut. Banyak hadis Ihya telah dihukum tidak ada
asal-usul dalam kitab-kitab hadis.
Takhrij
al-Hafizd al-‘Iraqi telah dicetak bersama dengan kitab Ihya. Maka hendaklah
kita berhati-hati ketika memetik hadis-hadis daripada kitab tersebut dengan
cara merujuk kepada takhrij berkenaan. Kata seorang muhaqqiq yang terkenal di
zaman ini, al-Syeikh Syu’ib al-Arnaud: Al-Hafizd Abu Fadl Abd al-Rahim
al-‘Iraqi (wafat 806H) telah menyemak hadis-hadis Ihya ‘Ulumiddin kesemuanya
dalam semua kitab yang dinamakan Al-Mughni ‘an haml al-Asfar fi al-Asfar fi
Takhrij ma fi al-Ihya min al-Akhbar. Ia dicetak bersama dengan Ihya. Beliau
telah menunjukkan setiap hadis kepada sumbernya serta menyatakan kedudukannya.
Kebanyakan
hadis tersebut beliau menghukumnya sebagai daif (lemah) atau palsu, atau ia
tidak ada asal daripada ucapan Rasulullah s.a.w.. Maka hendaklah para penulis,
khatib, guru dan penceramah berhati-hati dalam memetik dan berhujah dengan
hadis-hadis Ihya selama mereka tidak jelas tentang kesahihannya menerusi
semakan al-Hafizd al-‘Iraqi.
Sesungguhnya
seorang ulama hadis Syam, Badr al-Din al-Hasani telah berkata: “Tidak harus
menyandarkan sesebuah hadis kepada Rasulullah kecuali apabila dinyatakan
kesahihannya oleh salah seorang huffaz (yang amat pakar dalam hadis) yang
dikenali. Sesiapa yang berkata: “Rasulullah telah bersabda” sedangkan dia tidak
tahu kesahihan hadis tersebut menerusi salah seorang huffaz, dibimbangi dia
termasuk dalam hadis “Sesiapa yang berdusta ke atasku apa yang aku tidak
ucapkan, maka siaplah tempat duduknya dalam neraka.” (Rujukan: Syu’ib
al-Arnaud, nota kaki tahqiq Siyar ‘Alam al-Nubala’, 19/340.)
Kata
al-Syeikh Abu Syahbah pula: “Aku nasihatkan kepada sesiapa yang membaca Ihya
agar tidak berpegang dengan hadis-hadis yang disebutkan kecuali setelah melihat
takhrij al-‘Iraqi. Jika tidak dia akan terjatuh dalam dosa berdusta sedangkan
dia tidak sedar.” (Rujukan: Muhammad Abu Syahbah, Al-Wasit fi ‘Ulum wa Mustalah
al-Hadis, hlm. 254, Kaherah: Dar al-Fikr.)
Antara hadis
yang al-Ghazali dikritik hebat kerana menyebutnya dalam Ihya ialah hadis Solat
Raghaib iaitu solat yang dilakukan pada malam Jumaat pertama bulan Rejab. Hadis
cara dan fadilat solat ini disebut dan digalakkan dalam Ihya sedangkan ia
dinilai sebagai palsu oleh para ulama hadis. Al-Hafiz al-‘Iraqi yang menilai
hadis ini adalah pakar besar dalam bidang hadis. Beliau menyatakan beliau
mendapati tiada asal usul bagi hadis ini.
Al-Imam
al-Nawawi (meninggal dunia 676H) ketika mensyarah hadis Muslim daripada Abi
Hurairah memetik Baginda bersabda: Jangan kamu mengkhususkan malam Jumaat
dengan solat yang berbeza dengan malam-malam yang lain. Jangan kamu
mengkhususkan hari Jumaat dengan puasa yang berbeza dengan hari-hari yang lain,
kecuali ia dalam (bilangan hari) puasa yang seseorang kamu berpuasa).
Al-Imam
al-Nawawi berkata: “Pada hadis ini larangan yang nyata mengkhususkan malam
Jumaat dengan sesuatu solat yang tiada pada malam-malam lain dan puasa pada
siangnya seperti yang telah dinyatakan. Sepakat para ulama dalam kemakruhannya.
Para ulama berhujah dengan hadis ini mengenai kesalahan solat bidaah yang
dinamakan solat al-Raghaib.
Semoga Allah
memusnahkan pemalsu dan pereka solat ini. Ini kerana sesungguhnya ia adalah
bidaah yang mungkar daripada jenis bidaah yang sesat dan jahil. Padanya
kemungkaran yang nyata. Sesungguhnya sejumlah para ulama telah mengarang
karangan yang berharga begitu banyak dalam memburukkan dan menghukum sesat
orang menunaikan solat tersebut dan perekanya.
Para ulama
telah menyebut dalil-dalil keburukan dan kebatilannya dan kesesatan pembuatnya.
(Rujukan: Al-Nawawi, Syarh Sahih Muslim, 3/211, Beirut: Dar al-Khair.)
Beliau
pernah berkata: “Bidaah yang buruk lagi sangat mungkar, jangan terpengaruh
dengan ramai yang melakukannya di banyak negeri. Juga jangan terpengaruh
disebabkan ia disebut dalam Qut al-Qulub dan Ihya ‘Ulumiddin.” (Rujukan:
petikan daripada Ali Hasan Ali, Kitab al-Ihya fi Mizan al-‘Ulama, hlm. 21.)
Al-Imam
al-Sayuti (meninggal dunia 911H) menyatakan: “Ketahuilah olehmu, semoga Allah
merahmatimu, sesungguhnya membesarkan hari tersebut dan malamnya (hari dan
malam Jumaat pertama Rejab) hanya perkara baru yang dibuat dalam Islam selepas
400 tahun. Diriwayatkan mengenainya hadis yang palsu dengan sepakat ulama yang
mengandungi kelebihan berpuasa pada siangnya dan bersolat pada malamnya. Mereka
menamakan solat Raghaib.”
Katanya
juga, ketahuilah sesungguhnya solat yang bidaah ini menyanggahi kaedah-kaedah
Islam dalam beberapa bentuk. (Rujukan: Al-Sayuti: Abd al-Rahman bin Abi Bakr,
Al-Amr bi al-Ittiba’ wa al-Nahy ‘an al-Ibtida’ hlm. 52-54, Beirut: Dar al-Fikr
al-Lubnan.)
Demikian
juga kitab-kitab kerohanian kesufian lain yang kebanyakan penulisnya tidak
mengambil berat soal kesahihan hadis-hadis. Ini seperti kitab Tanbih
al-Ghafilin yang banyak dibaca di masjid dan surau. Demikian juga Bustan
al-‘Arifin dan lain-lain.
Kata
al-Syeikh Abu Syahbah: “Kitab Tanbih al-Ghafilin karangan al-Samarqandi; wajib
pembaca berhati-hati terhadap hadis-hadis palsu dan Israiliyyat di dalamnya.
Juga kitab Bustan al-‘Arifin yang juga karangannya patut pembaca berjaga-jaga.”
(Rujukan: Muhammad Muhammad Abu Syahbah, Al-Wasit fi ‘Ulum wa Mustalah
al-Hadis, hlm. 354, Kaherah: Dar al-Fikr.)
Justeru para
pembaca kitab-kitab ini hendaklah berhati-hati ketika memetik hadis-hadis
daripada kitab-kitab ini.
Sumber: Dr.
Mohd Asri Zainul Abidin ( Utusan Online )
Menjawab Tuduhan Menghina Imam
al-Ghazali
Oleh Ustaz Adlan Abd Aziz
Terdapat tuduhan yang cuba disebarkan kononnya saya yang lemah ini menghina Imam al-Ghazali (wafat 505H) dalam buku saya bertajuk '20 Persoalan Asas Tentang Hadis' yang dicetak pada tahun 2006. Sedangkan saya pada hakikatnya langsung tidak berniat untuk menghina apatah lagi merendahkan kedudukan seorang Imam yang terkemuka dalam mazhab as-Syafie ini.
Apa yang saya tulis adalah merupakan nasihat kepada para pendakwah yang ingin menggunakan buku Ihya' Ulumiddin karya al-Ghazali agar menyemak terlebih dahulu tulisan al-Hafiz al-Iraqi (wafat 806H) di mana al-Iraqi telah menyemak kesahihan hadith-hadith di dalam buku Ihya' tersebut. Hasil daripada pandangan dan kajian al-Iraqi mendapati bahawa terdapat hadith-hadith yang 'sahih, hasan, dhaif dan palsu' dalam buku Ihya' Ulumiddin. Kajian ini langsung tidak menjatuhkan kedudukan Imam al-Ghazali kerana ia merupakan kajian untuk membantu para pencinta ilmu agar lebih memanfaatkan dan menyebarkan buku Ihya' Ulumiddin.
Al-Hafiz al-Iraqi merupakan alim hadith terkemuka di zaman beliau terutama di Mesir dan merupakan guru kepada ulama hadith lain spt Ibnu Hajar al-Asqalani (wafat 852H) dan juga al-Haithami (wafat 807H).
Apakah masuk akal seorang alim sebegitu akan menghina Imam al-Ghazali dgn hasil kajiannya itu?
Apakah dengan menyatakan 'terdapat hadith dhaif dan palsu' dalam buku Ihya' Ulumiddin' terus kita dianggap menghina Imam al-Ghazali?
Bahkan saya sendiri sejak sekian lama memiliki buku Ihya' Ulumiddin yang menjadi bahan rujukan dalam perpustakaan rumah saya. Begitu juga dengan kitab2 beliau yang lain juga merupakan bahan rujukan utama terutama buku2 fiqh beliau dan juga buku beliau berkaitan Usul Fiqh. Adalah mustahil saya ingin menghina beliau dengan menulis pula dalam sebuah buku utk tatapan umum sejak 2006!
Saya bukanlah seperti sebahagian yang menggelarkan diri mereka 'salafi' yang terus menasihatkan 'jangan baca Ihya' Ulumiddin'. Bahkan saya menggalakkan sesiapa sahaja membacanya dengan melihat bersama komentar al-Iraqi. Tidak mungkin kita boleh abaikan buku sehebat itu dari seorang sehebat al-Ghazali.
Apabila saya menukilkan pandangan al-Iraqi, maka saya harap pandangan itu difahami sebenarnya dan tidak dibawa sehingga memfitnah.
Untuk pembaca dan yang ingin tahu lebih lanjut, bacalah apa yang sebenarnya saya tulis di dalam buku '20 Persoalan Asas Tentang Hadis' pada soalan no.20. Bacalah dari awal dan fahami bersama. Terima kasih.

6/01/2009
05:04:00 PM Ikmal Johari No comments
Assalamualaikum
wbt...
Pada era masa kini, pelbagai informasi telah dicapai oleh seluruh lapisan masyarakat. Daripada sekecil buku tadika hingga ke sebesar buku ensiklopedia dan daripada media akhbar sehinggalah ke internet. Namun persoalan yang timbul adalah adakah informasi yang didapati itu benar-benar sahih atau dicedok daripada sumber yang tidak tepat? Jadi, di sini ana ingin berkongsi sedikit informasi mengenai hadith-hadith palsu yang telah tersebar di masyarakat awam tetapi kita tidak menyedarinya.
Amalan-amalan yang dilakukan oleh masyarakat awam pada ketika ini yang bersandarkan hadith-hadith yang tidak diketahui kekuatan sanad dan rawinya pada hakikat sebenarnya ianya adalah palsu dan dhaif.
Malah, hadith-hadith yang didapati palsu dan dhaif ini pula telah popular dan sebati di kalangan masyarakat awam sehinggakan tidak boleh berpisah daripada amalan yang telah mereka lakukan.
Oleh yang demikian, ana memetik sebahagian teks daripada tajuk di dalam buku 20 Persoalan Asas Tentang Hadith iaitu Apakah contoh-contoh hadith dhaif dan palsu yang telah tersebar dalam masyarakat. Di dalam tajuk ini terdapat ulasan daripada penulis buku ini namun ana tidak meletakkan ulasan beliau kerana jika diletakkan maka ianya akan difokuskan kepada kedudukan hadith dan pendapat daripada penulis. Sebab lain adalah akan menyebabkan ruangan penulisan di entry ini terlalu panjang kerana ulasan Ustaz Adlan memang panjang. Jika pembaca ingin menatap ulasannya, pembaca boleh membeli buku ini di kedai buku yang berhampiran.
Tetapi yang ditekankan di sini adalah kedudukan hadith tersebut sehinggakan ianya bersanad dhaif dan palsu. Sebab dan mengapa sehinggakan para ulama dan imam muktabar hadith zaman lampau mendhaifkan memalsukan hadith tersebut yang telah tersebar secara meluas kepada masyarakat awam.
Contoh-Contoh Hadith-Hadith Palsu
1. Tuntutlah ilmu walaupun hingga ke negeri China.
Kedudukan Hadis:
Ini adalah hadis palsu. Hadis ini telah disebutkan sebagai palsu oleh Ibn al Jauzi di dalam buku al Maudhu'at[1]. Pembaca juga boleh melihat buku Menangkis Pencemaran Terhadap Agama dan Tokoh-Tokohnya karya Mohd. Asri Zainul Abidin untuk mendapat maklumat lanjut tentang hadis ini. Hadis ini dikritik juga oleh pengkaji hadis seperti Ibnu Tahir al Maqdisi (507H)[2], al Iraqi[3], Ibn Hibban[4] dan Muhammad Nasiruddin al Albani[5].
2. Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad.
Kedudukan Hadis:
Hadis ini adalah hadis palsu. Menurut Yusuf al Qaradhawi, walaupun maksud hadis ini benar, bukanlah bermakna itu adalah hadis yang benar-benar datang dari Nabi SAW[6]. Hadis ini juga ditolak kesahihannya sebagai sabda Nabi SAW oleh seorang pengkaji hadis zaman ini, Abd. Fattah Abu Ghuddah[7].
3. Tidur selepas subuh/ waktu pagi menghalang rezeki.
Kedudukan Hadis:
Hadis ini adalah hadis palsu. Hadis ini dilabelkan sebagai palsu oleh al Hasan Ibn Muhammad al Shoghoni dan disokong oleh ahli hadis masa kini, Abd. Fattah Abu Ghuddah[8]. Manakala di antara ulama yang melabelkan hadis ini sebagai sangat dhaif pula ialah al Haithami[9], Ahmad Syakir[10], Muhammad Nasiruddin al Albani[11] dan Syuaib al Arnaouth[12].
4. Kisah sahabat Nabi bernama Sa'labah ثعلبة yang tidak membayar zakat.
Kedudukan Hadis:
Hadis ini adalah hadis palsu. Maklumat lanjut ada di dalam buku al Sohih al Musnad Min Asbab al Nuzul karya Syeikh Muqbil bin Hadi al Wadii[13]. Buku ini merupakan antara hasil karya yang terbaik daripada Syeikh Muqbil yang merupakan seorang pengkaji hadis dari negara Yaman. Beliau berusaha mengumpulkan asbab nuzul (sebab-sebab ayat Al Quran diturunkan) yang sahih sahaja. Ini kerana sememangnya telah diketahui bahawa tidak semua asbab nuzul yang tercatat dalam buku-buku terdahulu adalah sahih. Menurut Syeikh Muqbil, kisah Sa'labah yang tidak membayar zakat ditolak kesahihannya oleh imam-imam hadis terkenal seperti Ibnu Hazm (al Muhalla) , al Suyuthi (Lubab al Nuqul) , Ibnu Hajar al Asqalani (Takhrij al Kasyaf dan Fath al Bari), al Haithami (Majma' al Zawaaid), al Zahabi (Tajrid Asma' al Sahabah), al Munawi (Faidh al Qadir) dan al Iraqi (al Mughni - takhrij Ihya' Ulumiddin). Di dalam sanad hadis tersebut terdapat periwayat yang dikritik sebagai dhaif iaitu Ali bin Yazid al Alhani.
Syeikh Muqbil al Wadii juga menyatakan bahawa terdapat riwayat yang disebutkan daripada Ibnu Abbas yang menceritakan bahawa kisah ini adalah berkaitan dengan seorang sahabat bernama Sa'labah bin Abi Hathib dan bukan Sa'labah bin Hathib. Namun riwayat itu juga tidak sahih kerana bersumberkan daripada periwayat-periwayat yang tidak diterima.
Salah seorang ulama dan pendakwah terkemuka Mesir, Muhammad Hassan telah menyenaraikan beberapa hujah yang membuktikan bahawa kisah Sa'labah ini adalah kisah yang tidak benar. Hujah-hujah untuk mendhaifkan hadis ini disebut dalam salah satu ceramah beliau dan boleh didengari dari laman web www.islamway.com.
Kisah ini juga dikritik kesahihannya oleh Yusof al Qaradhawi dalam bukunya Kaifa Nata'amalu Ma'a al Sunnah al Nabawiyyah[14], Al Iraqi[15] dan Muhammad Nasiruddin al Albani[16].
5. Sesiapa yang tidur selepas Asar lalu hilang akalnya, maka janganlah dia mencela melainkan dirinya sendiri.
Kedudukan Hadis:
Hadis ini adalah hadis dhaif seperti yang telah dihuraikan oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[17]. Sebelum daripada al Albani, hadis ini juga telah didhaifkan oleh al Haithami[18].
6. Kebersihan itu separuh daripada iman.
Kedudukan Hadis:
Hadis ini telah dikritik dan dilabelkan sebagai hadis dhaif jiddan (sangat dhaif) oleh al Iraqi[19] dan dinyatakan sebagai palsu oleh al Albani[20] dengan lafaz yang hampir sama iaitu "kebersihan itu menyeru kepada keimanan".
7. Perselisihan dalam umatku adalah rahmat.
Kedudukan Hadis:
Hadis ini telah dikategorikan oleh beberapa orang ulama hadis sebagai tidak ada asalnya. Perkataan ini bermaksud tidak ada asal usulnya dalam mana-mana buku hadis. Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh al Subki sebagaimana dicatatkan oleh al Albani dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[21]. Al Iraqi juga menolak kesahihan hadis ini[22].
8. Sabar itu separuh daripada iman.
Kedudukan Hadis:
Menurut Ibn Rajab al Hanbali, ini adalah kata-kata sahabat dan bukan hadis Nabi SAW[23]. Di antara yang menyebutnya sebagai hadis Nabi SAW ialah al Ghazali dalam bukunya Ihya' Ulumiddin. Menurut al Iraqi yang mengkaji hadis-hadis Ihya' Ulumiddin, hadis tersebut adalah dhaif[24]. Begitu juga dengan al Albani yang menyatakannya sebagai sangat dhaif[25]. Menurut al Baihaqi dan al Zubaidi, kata-kata ini mauquf (kata-kata sahabat)[26].
9. Kita telah pulang dari jihad yang kecil ( peperangan) dan kita menuju kepada jihad yang lebih besar/paling besar. Para sahabat berkata: Apakah jihad yang paling besar? Rasulullah berkata: Jihad menentang hawa nafsu.
Kedudukan Hadis:
Hadis ini telah dinilai sebagai hadis dhaif oleh Syuaib al Arnaouth ketika beliau menyemak hadis-hadis di dalam buku Jami' al 'Ulum Wa al Hikam tulisan Ibn Rajab al Hanbali[27].Beliau telah mengambil pandangan Ibnu Hajar al Asqalani yang menyatakan bahawa kata-kata ini ialah kata-kata seorang ulama tabiin yang bernama Ibrahim Bin 'Ablah.
Menurut al Albani dalam Silsilah al Ahadith al Dhaifah: Munkar. Al Albani telah menukilkan kata-kata Ibnu Taimiyyah (728H) dalam Majmu' al Fatawa:

Tidak ada
asalnya (hadis tersebut) dan tidak diriwayatkan oleh pakar-pakar yang
mengetahui tentang kata-kata Nabi SAW dan perbuatan baginda. Dan memerangi
orang-orang kafir (jihad) adalah sebesar-besar amalan bahkan merupakan amalan
yang terbaik yang dilakukan oleh seseorang manusia[28].
10. Berbual di masjid memakan pahala seperti binatang liar memakan rumput.
Kedudukan Hadis:
Menurut beberapa orang ulama hadis, hadis ini adalah palsu. Hadis ini disebut di dalam buku-buku seperti Ihya' Ulumiddin karya al Ghazali. Al Iraqi telah memberikan komennya terhadap hadis ini dengan kata beliau: "Aku tidak menemui asalnya"[29]. Pendapat tersebut disokong oleh al Albani di dalam bukunya Silsilah al Ahadith al Dhaifah[30]. Di antara ulama hadis lain yang menyatakan bahawa hadis ini palsu ialah al Zubaidi, al Fairuz Abadi, Ibn Hajar al Asqalani, Ali al Qari dan Abd. Fattah Abu Ghuddah[31].
ADITH PALSU (SOLAT)
1.
SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN
Ertinya : Sembahyang dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 25 sembahyang yang tidak memakai serban dan sekali sembahyang Jumaat dengan memakai serban itu ( ganjarannya ) sama dengan 70 kali sembahyang Jumaat dengan tidak memakai serban . Dan sembahyang dengan memakai serban itu ganjarannya sama dengan melakukan 10,000 kebaikan
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Syihabuddin Ahmad bin Muhamamd Abdis Salaam Al-Manafi ( murid kepada Al-Hafiz As-Sakhaawi ) telah mengatakan bahawa semua riwayat yang berhubung dengan masalah ini adalah Maudhu atau Palsu , bukan termasuk hadis dari Nabi s.a.w.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 29
2. SEMBAHYANG DENGAN MEMAKAI SERBAN PUTIH
Ertinya : Sesungguhnya bagi Allah ada beberapa malaikat yang ditugaskan untuk menjaga pintu - pintu ( masjid ) jamik pada hari Jumaat . Mereka akan memohon maghfirah kepada Allah untuk orang - orang yang suka memakai serban putih .
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Diriwayatkan oleh Khatiib tetapi dalam sanadnya ada rawi yang bernama Yahya bin Al-Yamani , dia adalah seorang yang suka meriwayatkan hadis - hadis yang 'bathil'
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 31
3. DUA RAKAAT YANG DILAKUKAN OLEH ORANG YANG SUDAH BERKAHWIN ITU LEBIH BAIK DARIPADA ORANG YANG BELUM KAHWIN
Ertinya : Yang paling rugi di antara kamu ialah orang yang tidak berkeluarga ( bujang ). Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah berkeluarga itu adalah lebih baik daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum berkeluarga .
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Dalam riwayat lain dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih utama daripada 70 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin
Dalam sanad riwayat ini rawi yang bernama Mujaasy' . Dia suka meriwayatkan hadis - hadis 'Mungkar'.
Dalam riwayat lain pula dikatakan : Dua rakaat yang dilakukan oleh orang yang sudah kahwin itu lebih baik daripada 82 rakaat yang dilakukan oleh orang yang belum kahwin.
Ibnu Hajar Al-Asqalaani mengatakan , "Riwayat ini 'Mungkar'"
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 40
4. KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG
Ertinya : Dari Ummi Salamah , dia berkata,"Adalah Nabi s.a.w. apabila beliau sedang bersembahyang orang yang ( melihatnya ) beranggapan bahawa sesungguhnya beliau hanya sebuah jasad yang tidak ada rohnya ".
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Ibnu Hibban mengatakan : Hadis ini 'tidak ada asalnya' kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Ja'far . Dia adalah seorang rawi yang biasa meroboh sesuatu berita , sehingga tidak ada keraguan lagi bahawa yang memalsukan hadis ini adalah rawi yang bernama Ja'far ini .
Ahmad bin Adi mengatakan : Ja'far adalah rawi yang dituduh suka memalsukan Hadis
ULASAN PENTERJEMAH:
Boleh jadi riwayat ini dijadikan oleh golongan tarikat sebagai dasar untuk lebih khusyuk dan Khudhu dalam mengerjakan sembahyang dan lain - lain ibadat.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 49
5. SUJUD SESUDAH SELESAI SEMBAHYANG
Ertinya : Telah berkata Abu Sa'iid , telah menjadi kebiasaan sebahagian orang yang melakukan sujud sesudah selesai sembahyang untuk berdoa .
Penjelasan : Sujud dalam bentuk ini tidak ada dalam ajaran Islam dan tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah s.a.w., dan tidak pula dari sahabatnya . Perbuatan ini adalah Bid'ah. Imam Ghazali dalam kitabnya Ihyaa-u ' Uluumuddin menerangkan bahawa di antara kebiasaan yang sering dilakukan oleh sebahagian orang awam ialah melakukan sujud pada waktu muazzin sedang qamat pada hari Jumaat . Perbuatan ini tidak ada sumbernya dari hadis Nabi yang sahih atau yang dhaif sekalipun.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 56
6. KELEBIHAN SEMBAHYANG DI MASJID NABI ( MASJID NABAWI )
Ertinya : Barang siapa yang bersembahyang di masjidku ( masjid Nabawi ) dengan 40 kali sembahyang dengan tidak putus - putus satu sembahyangpun , maka dia akan dicatat sebagai orang yang selamat dari api neraka , lepas dari azab siksaan serta bersih daripada nifak
Penjelasan : Hadis ini Daif
Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Thabrani dengan sanad yang Daif dari jalan Abdir Rahman bin Abdir Rijaal dari Nabiith bin Amar dari Anas bin Malik
Muhammad Nashruddin Albani mengatakan : Hadis ini Daif kerana dalam sanadnya ada rawi yang bernama Nabiith bin ' Amar, dia tidak dikenali oleh para ahli hadis melainkan dalam riwayat ini sahaja.
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 70
7. MEMBACA QUL HUALLAH HUAHAD SEBANYAK 100 KALI SESUDAH SEMBAHYANG SUBUH
Ertinya : Barang siapa yang mengerjakan sembahyang subuh sesudah itu dia membaca Qul Huallahu Ahad 100 kali sebelum dia berkata - kata , maka tiap - tiap kali dia membaca Qul Huallahu Ahad diampuni segala dosanya selama setahun
Penjelasan : Hadis ini Palsu
Diriwayatkan oleh Imam Thabrani , Hakkim dan Ibnu Asakir dari jalan Muhammad bin Abdir Rahman Al-Qusairi dari Asma binti Waa-illah bin Al-Asqa dia berkata : Apabila ayahku mengerjakan solat subuh, apabila dia telah selesai dia duduk duduk menghadap kiblat dan tidak berkata apa - apa sehingga terbit matahari , sehingga aku terpaksa berkata kepadanya akan sesuatu keperluan yang dikehendakinya . Tetapi beliau tidak menjawab sepatah kata pun . Setelah segalanya selesai barulah dia menjelaskan kepadaku isi hadis tersebut.
Muhammad Nashruddin Albaniy mengatakan : Imam haakim telah mendiamkan riwayat ini .
Al-Haitsaamy mengatakan : Dalam sanadnya ada rawi yang bernama : Muhammad bin Abdir Rahman , dia adalah seorang rawi yang Matruk .
Muhammad Nashrudin mengatakan : Rawi tersebut adalah seorang pendusta sebagaimana yang telah dikatakan oleh Al-Azdi
Ibnu Abi Haatim mengatakan : Aku telah bertanya kepada ayahku tentang riwayat hidup rawi ini , maka beliau berkata , dia adalah seorang rawi yang Matruk dan riwayatnya tidak boleh di pakai dan adalah seorang pendusta
Sumber: Himpunan Hadis-Hadis Lemah dan Palsu - Imam Bukhari - Syk Nurulhas - m.s. 87
8.Anggota akan khusyuk bila hati orang yang bersembahyang khusyuk
Al-Hakim At-Tirmizi * meriwayatkan dari Abu Hurairah dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda :
Ertinya: Rasulullah s.a.w . melihat seorang laki - laki sedang mempermainkan janggutnya sedangkan dia dalam solat , maka Rasulullah s.a.w. bersabda : Jika hati orang ini khusyu' tentulah anggota - anggotanya khusyu '.
Kata Al-Albani : Hadith ini adalah Maudhu'
Dalam sanadnya terdapat Sulaiman bin ' Amru iaitu Abu Daud An-Nakha'iy yang menurut Ibnu ' Adiy ia disepakati membuat Hadith palsu .
*Al-Hakim At-Tirmizi bukanlah Imam At- Tirmizi . Beliau adalah pengarang kitab Nawadirul-Usul. Seorang Sufi. Dikatakan bahawa dalam kitabnya Khatamul-Walayah beliau berpendapat bahawa wali lebih agung daripada Nabi. Beliau dibuang dari Tirmiz dan beliau pergi ke Nisabur.
Sumber: Himpunan Hadis Dhaif dan Maudhu' (Jld 1) - Drs Abdul Ghani Azmi- m.s. 284

No comments:
Post a Comment